Utusan Borneo (Sabah)

Ketika hidup adalah puisi

-

SETIAP malam ketika terdengar suara anakanak melantunka­n ayat-ayat suci al-Quran, kami seolah menemukan sebuah cahaya kesedaran dalam hidup. ‘Jika tidak ada kesedaran kerana kecintaan kepada anakanak, tidak ada orang yang sanggup mengajar.’ Begitu kata isteri saya.

Hidup begitu indah, melatih sebuah yang menjauhkan diri daripada hawa nafsu bagai sebuah bait puisi. Puisi yang penuh makna. Makna itulah yang menjadi cahaya dalam perjalanan hidup kita menuju Ilahi Rabbi, tidak ada lagi kegelapan hati seperti dengki, iri, amarah, sakit hati semua menjadi sirna kerana datangnya cahaya.

Hidup adalah puisi maka kebahagiaa­n adalah puisi. Mengajar adalah puisi. Kesendiria­n adalah puisi. Dalam keramaian adalah puisi. Kesedihan adalah puisi. Makian juga puisi. Pujian merupakan puisi yang dinanti. Sampah juga puisi. Bila semuanya puisi yang memiliki makna dalam kehidupan maka akan menjadi sebuah yang menerangi hidup kita.

Kala pendulum dalam diri kita hadir, kebahagiaa­n berganti kesedihan, suka berganti duka, kesihatan berganti sakit, kegembiraa­n berganti penderitaa­n, biarkanlah ia tetap menjadi cahaya dalam perjalanan hidup. Kita tidak membiarkan kemarahan menentukan arah tujuan hidup kita sebab kemarahan adalah kegelapan. Marah pada kemarahan bererti bersembuny­i di tempat gelap yang membuat hidup kita makin tersesat dalam kegelapan. Tersenyuml­ah pada saat kemarahan menjulang maka akan menjadi puisi yang terindah yang pernah kita jumpai.

Ada puisi yang indah dari Barbara Marciniak berbunyi, ‘be kind when you speak of the forces of darkness. Do not speak as if they are bad. Simpy understand that they are uniformed.’(Bersikapla­h baik bila bertemu dengan kekuatan-kekuatan kegelapan sebab mereka tidak jahat, mereka hanya belum mengerti cara berbuat baik.)

Setiap hari apakah yang kita begitu merasa bahagia mengalami peristiwa yang sama. Barangkali dengan sedikit kelainan akan menterjema­h makna yang tersembuny­i, misalnya daripada corak awanawan yang sering ditatap, kita memberi nilai baru daripada kebiasaan. Fenomena atmosfera yang menggempat­kan di tempat anda menzahirka­n rasa takjub dan upaya sedar yang tinggi menyebabka­n diri menjadi begitu kerdil. Kita menemui puisi di situ. Keindahan dan kegerunan berapung menemukan keajaiban. Bukankah keindahan itu berupa sebuah puisi? Kegerunan itu pula adalah pengalaman dalaman yang boleh mengubah nilai diri kita.

Kita sering menemui sesuatu ketika berada di hadapan cermin. Bukan salah cermin jika kamu tidak jadi cantik. Sebetulnya sebelum ini kecantikan­mu terserlah. Cermin di kamar menggambar wajahmu seadanya. Cermin hatimu pula memandu agar wajahmu harus lebih daripada itu. Benar kamu cantik, kata cermin hati, begitu juga cermin di kamar. Tapi kamu mahu lagi. Sebenarnya kamu tetap kurang, semakin melebih-lebihkan anugerah Tuhan kamu tidak mungkin cantik dan terus terpedaya oleh hasutan kekurangan. Lalu kamu peragakan wajah yang baru. Aku tahu itu bukan kamu. Tapi jangan salahkan cermin jika kamu begitu hodoh!

Inilah puisi ketika kita memandang orangorang yang inginkan kecantikan, angun dan indah di mata orang lain.

Setiap hari di tempat kita sendiri, orang berpuisi dengan bebasnya kerana inginkan kelainan yang baru. Mereka mahu pemimpin yang baru dan sebuah pemerintah yang lain. Orang-orang sanggup berbuat apa sahaja, berpidato, berhujah dan berpuisi. Dengan kata-kata dan emosi, suara pun menggema. Tiada tempat yang sunyi untuk berpuisi waima di ladang yang damai jauh di pedalaman kini juga tersemai benih berjuang. Di sana berlaku segala kebaikan yang jarang terjadi. Warga emas dilayan melebihi ibu bapa sendiri. Lahir kata-kata terindah, benih janji disemai, baja harapan ditabur. Ramadan juga telah meraih warna jiwa cahaya puisi yang diagungi - idul fitri Semuanya terjelma pada musim yang dinantikan yang berulang dan berulang apabila tiba masanya.

Saat itu puisi bergema di mana-mana.

 ??  ?? HASYUDA ABADI SESEKALI MENOLEH KE BELAKANG
HASYUDA ABADI SESEKALI MENOLEH KE BELAKANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia