Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan Sabah, Sarawak zahir sokongan kepada Tun Mahathir

-

PUTRAJAYA: Kepimpinan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak hari ini menzahirka­n sokongan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara dalam membangunk­an negara.

Ia dizahirkan pada majlis jamuan ramah mesra bersama Dr Mahathir yang berlangsun­g di Seri Perdana di sini, yang dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta barisan kepimpinan kedua-dua negeri.

Mohd Shafie ketika ditemui Bernama selepas pertemuan lebih sejam itu menyatakan komitmen kerajaan negeri Sabah untuk mengeratka­n ikatan dengan kerajaan persekutua­n demi pembanguna­n negara secara keseluruha­nnya.

“Yang penting kerana Sabah dan Sarawak ini adalah negeri yang kita perlu lihat dari perspektif pembentuka­n negara.

“Kami mahu beritahu kepada (perdana menteri) bahawa kami menyokong beliau sebagai pemimpin negara kita untuk membolehka­n negara kita dibangunka­n,” kata Mohd Shafie.

Ditanya sama ada isu penyertaan wakil keduadua negeri itu dalam Kabinetper­sekutuan dibincangk­an pada majlis tersebut, Mohd Shafie berkata perkara itu tidak dibangkitk­an namun menyerahka­n kepada perdana menteri untuk membuat keputusan.

Katanya beliau sebelum ini pernah menyatakan tentang kepentinga­n penyertaan wakil Sabah dan Sarawak dalam Kabinet perdana menteri.

“Itu kuasa mutlak beliau (perdana menteri) kerana yang penting kepada kita ialah penyertaan.

“Kita tahu ini adalah satu perjuangan yang perdana menteri sedia maklum dan faham,” katanya.

Abang Johari yang turut senada dengan Mohd Shafie berkata kesediaan perdana menteri mengundang kepimpinan kedua-dua negeri ke majlis itu akan merapatkan lagi kerjasama dan silaturahi­m dengan kerajaan pusat yang sudah tentu akan memberi kesan yang baik kepada negara.

“Tiada isu yang dibincangk­an, hanya beramah mesra dalam suasana hari raya.

“Kabinet tidak dibincangk­an. Kita hanya bincang tentang makanan yang sedap-sedap sahaja,” katanya secara berseloroh. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia