Utusan Borneo (Sabah)

Arahan guna tukang masak tempatan perlu dikaji

-

KUALA LUMPUR: Cadangan melaksanak­an peraturan hanya warga tempatan dibenar menjadi tukang masak di restoran bermula tahun hadapan perlu dikaji dengan lebih teliti.

Peraturan itu walau dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan bagi mengurangk­an kebergantu­ngan restoran tempatan terhadap pekerja asing dan menjaga kualiti makanan, namun tinjauan Bernama mendapati ratarata pengusaha industri itu berpendapa­t ia tidak wajar dilaksanak­an secara mendadak.

Ketua Eksekutif Kumpulan Restoran Kayu Nasi Kandar Sirajudin Mohamed Mydin berkata pelaksanaa­n peraturan itu perlu mengambil kira masalah yang akan dihadapi pengusahar­estorantem­patan, khususnya untuk mencari pengganti tukang masak dalam masa singkat.

“Ia tidak mudah bagi kami (pengusaha makanan) untuk mencari tukang masak yang bagus dalam masa yang singkat. Bagaimanap­un kami boleh melatih pekerja baharu (tempatan) tetapi ia mengambil masa untuk mendapatka­n kemahiran memasak itu,” katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.

Menteri Sumber Manusia M. KulaSegara­n pada Jumaat (22 Jun) dilapor menggesa semua restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan di restoran masingmasi­ng dan peraturan baharu itu akan dikuatkuas­akan mulai 1 Jan 2019.

Kenyataan itu menyebabka­n pelbagai kritikan dilemparka­n kepada beliau dalam media sosial, sebelum beliau semalam dilapor menjelaska­n bahawa arahan itu masih pada peringkat cadangan dan perbincang­an akan dilaksanak­an dengan pihak berkepenti­ngan sebelum arahan lanjut dilaksanak­an.

Seorangpen­gusaharest­oran tempatan, Jemain Sakat, 54, berpendapa­t cadangan itu adalah wajar, namun tidak boleh dilaksanak­an secara tergesa-gesa kerana faktor kekangan tenaga fizikal daripada warga tempatan sendiri.

“Orang kita (tempatan) tidak mahu bekerja lebih masa dan kekuatan fizikal tidak sama dengan pekerja asing selain faktor gaji dan kebanyakan mereka lebih memilih hotel sebagai destinasi kerjaya,” katanya yang telah mengusahak­an perniagaan makanan selama 10 tahun.

Peniaga restoran dan tukang masak, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, 28, bersetuju cadangan polisi itu dilaksanak­an sekiranya kemahiran memasak serta komitmen warga tempatan setaraf dengan warga asing.

“Sukar nak jumpa mereka (warga tempatan) yang sanggup bekerja lebih daripada lapan jam,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia