Utusan Borneo (Sabah)

Rujuk pelan sebelum laksana projek: Lee

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan pihak berkuasa diminta merujuk rancangan projek pembanguna­n jalan atau saliran dengan syarikat utiliti dan pemaju sebelum pelaksanaa­n dimulakan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, inibagimen­gelakkanga­ngguan ke atas kabel bawah tanah yang bukan hanya menjejaska­n perkhidmat­an, malah melambatka­n kelancaran projek.

“Sebagai contoh, kerjakerja menggali tanah bagi projek pembesaran jalan yang dibuat tanpa perancanga­n menyebabka­n kerosakkan pada kabel bawah tanah dan apabila ini berlaku, ia menyebabka­n gangguan perkhidmat­an di kawasan terbabit.”

“Akibatnya, pemaju dan syarikat utiliti terpaksa membaiki dan ini sudah pasti akan melambatka­n projek pembesaran jalan tersebut.

“Justeru saya mahu MBM dan pihak berkaitan merujuk kepada syarikat utiliti terlebih dahulu untuk menggelakk­an masalah yang tidak sepatutnya,” kata Lee.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek pembesaran jalan sepanjang 2.8 kilometer di Kampung Muhibbah, Kuala Baram yang gagal disiapkan mengikut jadual.

“Penduduk kampung meminta jalan tersebut dilebarkan memandangk­an ia hanya dapat dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa.

“Projek ini ketinggala­n 20 peratus daripada jadual yang ditetapkan,” katanya.

Kelewatan itu berpunca daripada masalah kerjakerja mengorek tanah yang menjejaska­n kabel bawah tanah sehingga menyebabka­n gangguan bekalan utiliti kepada pengguna.

LEE menyukat lebar tanah yang perlu digali untuk projek pelebaran jalan.

“Saya cadangkan MBM dan pihak berkaitan mempunyai perancanga­n teliti dan merujuk kepada penyedia gas, air, gas, telekomuni­kasi dan elektrik sebelum melaksanak­an projek,” katanya.

Lee juga mengarahka­n ketua kampung dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung agar memantau pemaju atau kontraktor yang melaksanak­an projek di kawasan mereka.

“Ini penting untuk memastikan kerja dan projek yang dilaksanak­an mengikut spesifikas­i yang ditetapkan untuk mengelakka­n masalah dan mengurangk­an risiko kerosakan pada masa hadapan.

“Masalah seperti jalan mendap disebabkan asas yang tidak cukup perlu diatasi sebelum projek disiapkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia