Utusan Borneo (Sabah)

Kongsi kemeriahan sambut Aidilfitri satu penghormat­an

-

BINTULU: Berkongsi kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pengurusan dan kakitangan syarikat pembinaan tenaga hidro terbesar dunia dari China, Sinohydro Corporatio­n adalah satu penghormat­an buat Kampung Assyakirin Fasa 1.

Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1, Pengiran Hamdan Pengiran Kerta berkata, ia juga mengukuhka­n hubungan penduduk dengan syarikat terkemuka dari China yang melaksanak­an projek-projek berkaitan di Bintulu.

“Mereka (Sinohydro Corporatio­n) bukan sekadar menganjur majlis ini, sebaliknya mahu mendekatka­n diri dan mempererat hubungan dengan penduduk kampung.

“Selain itu, pengurusan syarikat terbabit ingin menyaksika­n suasana serta budaya penduduk kampung semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesra Aidilfitri 2018 anjuran Sinohydro Corporatio­n (M) dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin Fasa 1 dan Gagasan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kampung Assyakirin Fasa 1 di Balai Raya kampung terbabit, malam pada Jumaat.

Gagasan NGO itu terdiri daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Kelas Pendidikan Kesejahter­aan Keluarga (PKK), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Assyakirin Fasa 1, 2 dan 3 serta Kelab Berbasikal Assyakirin (KEBAS).

Turut hadir Temenggung Rosli Kamaruddin, Temenggung Barry Yek, Liang Yu Fei (Sinohydro Corporatio­n (M) Sdn Bhd), Ketua Pegawai Kewangan Sinohydro Projek Kidurong Jiang Jun, Konsultan Sinohydro Projek Kidurong Ahmad Zainuddin, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bintulu Diana Seliman, ketua-ketua masyarakat serta penduduk setempat.

Sementara itu, Lu Chang Feng yang mewakili Sinohydro Corporatio­n (M) Sdn Bhd berkata, pihaknya berbesar hati kerana berpeluang meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk kampung berdekatan kawasan pihaknya melaksanak­an projek berkaitan.

Katanya, syarikat yang ditubuhkan pada 1998 dan berpangkal­an di Kuching itu merupakan perunding projek berkaitan di seluruh Malaysia, antaranya projek hidro elektrik Murum di Sarawak.

“Tempoh masa kami berada di negara ini, pendudukny­a terutama di Sarawak cukup mesra dan kami berharap dapat menjadikan penduduk setempat sebagai rakan kami, sekali gus usaha ini akan dapat mengukuhka­n hubungan persahabat­an antara China dan Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak syarikat sebagai sebuah perusahaan antarabang­sa komited untuk mencapai sasaran pelaksanaa­n projek stesen kuasa secepat mungkin di negeri ini.

Sinohydro Corporatio­n adalah syarikat pembinaan hidro terbesar di dunia dengan 50 peratus bahagian daripada pasaran tenaga hidro antarabang­sa aktif dalam aktiviti perniagaan di Asia Tenggara, Asia Selatan, Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1950 itu dengan ibu pejabatnya di Beijing, memfokus kepada kejurutera­an hidro dan merupakan syarikat pembinaan milik kerajaan China.

 ??  ?? LU (tengah) bersama Pengiran Hamdan, Diana (kanan) serta yang lain menyalakan pelita minyak tanah simbolik perasmian Majlis Mesra Aidilfitri 2018 di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1.
LU (tengah) bersama Pengiran Hamdan, Diana (kanan) serta yang lain menyalakan pelita minyak tanah simbolik perasmian Majlis Mesra Aidilfitri 2018 di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia