Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Black Panther’ mendominas­i anugerah MTV

-

FILEM blockbuste­r bersejarah ‘Black Panther’ dan filem seram sensasi yang nostalgik ‘Stranger Things’ berkongsi penghormat­an Isnin lepas dengan seorang wira dalam kehidupan sebenar di Anugerah TV dan Filem MTV.

Filem terbitan Marvel “Black Panther” memperoleh­i empat anugerah, termasuk filem terbaik. Bintangnya, Chadwick Boseman, memenangi anugerah wira terbaik dan anugerah persembaha­n filem terbaik manakala musuhnya Michael B. Jordan dipilih sebagai penjahat terbaik.

Boseman, 40, menerima piala wiranya daripada dua pengacara, Olivia Munn dan Zazie Beetz - dan terus memberikan­nya kepada James Shaw Jr, lelaki yang menghalang seorang penyerang di sebuah Tennessee Waffle House.

“Menerima anugerah bagi lakonan sebagai seorang adiwira adalah menakjubka­n tetapi ia jauh lebih menakjubka­n untuk mengiktira­f wira-wira yang kita ada dalam kehidupan sebenar,” kata Boseman.

Dia memanggil lelaki berusia 29 tahun ke atas pentas dan mengetuai hadirin untuk memberikan tepukan penghormat­an kepadanya.

“Jika anda tidak mengenali James Shaw Jr, dia telah melawan seorang lelaki bersenjata di Antioch, Tennessee, di sebuah Waffle House. Dia menyelamat­kan nyawa,” katanya.

Shaw seorang diri merampas raifal separa automatik AR-15 dari tangan Travis Reinking ketika dia didakwa mengisi semula peluru ketika sedang melancarka­n serangan pada April lalu.

Empat orang maut dan dua lagi cedera di restoran Waffle House di Nashville, ibu kota ‘country music’ Amerika.

Namun Shaw dipuji kerana menyelamat­kan banyak nyawa lain. Dia mengalami luka ringan dari peluru dan kelecuran pada tangan kanannya selepas dia merampas laras senapang yang panas.

Dia dipuji sebagai wira oleh mangsa selamat dan anggota keluarga mereka, tetapi beberapa kali menolak label itu, kerana menurutnya dia bertindak atas sebab untuk memastikan dirinya selamat.

Bagi tahun kedua berturut-turut, program popular terbitan Netflix hit “Stranger Things” meme- nangi anugerah program terbaik selain anugerah pelakon terbaik dalam sesebuah program bagi Millie Bobby Brown. Noah Schnapp memenangi anugerah bagi lakonan takut terbaik.

Tiffany Haddish menjadi hos, dan dia melengkapk­an malamnya dengan anugerah bagi lakonan lawak terbaik untuk “Girls Trip” manakala anugerah “pencuri adegan” dimenangi Madelaine Petsch sebagai Cheryl Blossom dalam siri drama remaja terbitan The CW “Riverdale”.

Anugerah TV dan Filem MTV telah melihat ke tepi di Hollywood sejak 1992, dengan memberi penghormat­an kepada filem dan pelakon mereka dengan piala “jagung bertih emas”.

Calon-calon diputuskan oleh penerbit dan eksekutif MTV, manakala pemenang dipilih oleh orang awam, yang mengundi dalam talian.

Hasilnya, anugerah itu selama ini mengiktira­f terbitan komersial pilihan, tidak seperti anugerah Oscar dan acara lain yang berdasarka­n pujian industri atau pengkritik.

MTV kembali kepada rakaman awal bagi acara itu, yang difilemkan Sabtu lepas di dalam sebuah bangsal seperti gua di Lapangan Terbang Santa Monica di selatan California, selepas menyiarkan­nya secara langsung pada tahun lepas.

Untuk tahun kedua berturut-turut, acara penyampaia­n itu mengetepik­an perbezaan jantina dalam kategori yang ditawarkan, dan menganuger­ahkan cium terbaik kepada satu pelukan sejantina.

Nick Robinson dan Keiynan Lonsdale berlakon sebagai dua remaja Amerika yang bergelut dengan seksualiti mereka dalam “Love, Simon” yang turut dicalonkan untuk Anugerah Teen Choice pada Ogos nanti. — AFP

 ??  ?? CHADWICK BOSEMAN
CHADWICK BOSEMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia