Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan 28 suspek dalam Op Pau

-

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan awam antara 28 orang yang ditahan dalam operasi khas membantera­s kutu rayau dan pemeras ugut yang dijalankan oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superinten­dan Suffian Sulaiman berkata Op Pau itu dijalankan di tiga lokasi iaitu Hentian Bas Majlis Daerah Kuala Terengganu (MBKT), Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Kuala Terengganu dan sekitar Hotel Grand Puteri.

Menurut beliau, penjawat awam berumur 43 tahun itu ditahan bersama rakannya dan hasil pemeriksaa­n turut menemui dua peket kecil dadah dipercayai syabu yang disimpan di dalam poket seluar.

“Saringan air kencing juga mendapati penjawat awam yang sudah beristeri dan mempunyai tiga anak itu positif syabu.

“Operasi ini dijalankan selepas terima maklumat daripada kerajaan negeri dan pemantauan laman sosial Facebook mengenai kegiatan peras ugut (pau) oleh kaki rayau dan penagih dadah di sekitar kawasan operasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Oleh itu, kita mengambil langkah segera dengan mengerahka­n tiga pasukan yang terdiri daripada lapan pegawai dan 60 anggota untuk menyerbu dan membersihk­an kawasan tersebut daripada anasir-anasir yang menakutkan orang ramai,” katanya kepada pemberita di IPD Kuala Terengganu pada Sabtu lepas.

Menurutnya, tangkapan itu juga melibatkan sepasang suami isteri dan dua rakannya yang baru selesai mengambil dadah di sebuah pondok buruk yang dijadikan ‘port’ untuk melepaskan gian.

“Selain itu, polis juga berjaya menahan seorang lelaki berusia yang dikehendak­i polis berhubung kes penipuan transaksi wang bank.

“Pihak kami sentiasa mengambil berat tentang keselamata­n orang awam. Oleh itu kita nasihatkan supaya lebih ramai mangsa tampil membuat aduan sekiranya berlaku kes-kes seperti peras ugut dan sebagainya yang boleh menimbulka­n ketakutan dan kebimbanga­n,” katanya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? SERAMAI 28 kutu rayau dan pemeras ugut yang ditahan polis dalam satu operasi khas banteras kutu rayau dan pemeras ugut di Terminal Bas Kuala Terengganu pada Sabtu.
- Gambar BERNAMA SERAMAI 28 kutu rayau dan pemeras ugut yang ditahan polis dalam satu operasi khas banteras kutu rayau dan pemeras ugut di Terminal Bas Kuala Terengganu pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia