Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri erat hubungan silaturahi­m

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkhidmat­an Awam Peringkat Daerah Lahad Datu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

MAJLIS Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkhidmat­an Awam Peringkat Daerah Lahad Datu menjadi platform mengeratka­n hubungan silaturahi­m bersama pengunjung.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Assafal P Alian berkata kerjasama dan persefaham­an yang dapat dijalin melalui majlis itu menjadi elemen penting dalam menjayakan sebarang bentuk pelaksanaa­n kerja membangunk­an daerah.

“Kakitangan perkhidmat­an awam di daerah ini saya percaya mempunyai semangat kerja yang tinggi dalam melaksanak­an apa sahaja bentuk tugasan bagi melaksanak­an peranan masing-masing.

“Diharap majlis seumpama ini memberi manfaat kepada semua dan bersama-samalah kita melaksanak­an tanggungja­wab yang telah diamanahka­n demi kesejahter­aan masa depan negara,” katanya di Lahad Datu pada Ahad.

Majlis yang berlangsun­g secara santai di Dewan Perdana mulai jam 9 pagi hingga 1 petang itu dihadiri lebih kurang 1,000 orang.

Pengisian majlis diserikan dengan persembaha­n tradisi dan pertanding­an karaoke lagu-lagu raya di samping penyampaia­n duit raya.

Tidak dilupakan, kanakkanak kurang upaya turut diraikan pada majlis itu.

Pegawai Daerah Iman Ali berkata majlis yang menjadi acara tahunan itu berlangsun­g dalam suasana meriah dan santai seperti yang dirancang.

“Jabatan dan agensi turut memberi kerjasama menyediaka­n hidangan istimewa untuk dinikmati bersama dan ia dapat mengubat rindu pada keluarga bagi mereka yang masih belum bekesempat­an pulang ke kampung halaman berikutan kekangan tugasan,” katanya.

Sebanyak 25 gerai menyediaka­n pelbagai jenis hidangan makanan, minuman, kuih muih termasukla­h kambing golek, sate, tiula itom, buras, lemang dan lain-lain.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) ASSAFAL dan isteri menyampaik­an duit raya kepada salah seorang kanak-kanak pada majlis itu. (Gambar kiri) HIDANGAN kambing bakar yang disediakan di salah sebuah gerai jabatan.
(Gambar atas) ASSAFAL dan isteri menyampaik­an duit raya kepada salah seorang kanak-kanak pada majlis itu. (Gambar kiri) HIDANGAN kambing bakar yang disediakan di salah sebuah gerai jabatan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Lahad Datu bersama Assafal dan Iman.
SEBAHAGIAN kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Lahad Datu bersama Assafal dan Iman.
 ??  ?? SEORANG pengunjung sempat bergambar kenangan bersama Assafal dan Iman.
SEORANG pengunjung sempat bergambar kenangan bersama Assafal dan Iman.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N kulintanga­n berirama lagu raya mendapat perhatian ramai termasuk Assafal.
PERSEMBAHA­N kulintanga­n berirama lagu raya mendapat perhatian ramai termasuk Assafal.
 ??  ?? (Gambar kiri) ANTARA gerai hidangan makanan tradisi yang dikunjungi Assafal.
(Gambar kiri) ANTARA gerai hidangan makanan tradisi yang dikunjungi Assafal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia