Utusan Borneo (Sabah)

Veteran politik dilantik Timbalan Speaker DUN Sabah

-

KOTA KINABALU: Veteran politik Datuk George Anthony Ginibun,76, dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.

Majlis angkat sumpah pelantikan beliau yang juga pesara kerajaan disempurna­kan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali, Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong dan beberapa menteri Kabinet negeri.

George yang merupakan ayah kepada empat orang anak berkelulus­an Sarjana dalam bidang Pentadbira­n Perniagaan (MBA) dari Miami State University.

Sebagai anak daripada keluarga miskin, George pada tahun 1959, semasa masih dalam tingkatan dua di SM La Salle, terpaksa berhenti sekolah kerana ibu bapanya tidak mampu menampung kos persekolah­annya.

Namun atas kesedarann­ya mengenai kepentinga­n pendidikan, George mengambil peperiksaa­n sebagai calon persendiri­an sehingga lulus peperiksaa­n Senior Cambridge seterusnya melanjutka­n pelajaran ke Amerika Syrikat sehingga memperoleh kelulusan MBA pada tahun 1985.

Bercakap kepada pemberita mengenai pelantikan­nya, George yang juga ketua pengurusan krisis Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata dia tidak menyangka akan dilantik ke jawatan itu.

Katanya, apabila bersara daripada perkhidmat­an kerajaan negeri selepas berkhidmat selama 37 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Credit Corporatio­n, George menumpukan masanya dengan berkebun.

Bagaimanap­un apabila parti Warisan ditubuhkan, semangatny­a untuk bergiat dalam politik bergelora semula atas keyakinann­ya terhadap perjuangan parti Warisan.

Katanya berdasarka­n pengalaman­nya yang panjang dalam politik, pentadbira­n kerajaan dan pertubuhan kerajaan seperti Rotary Club, beliau yakin mampu menggalas tugas baharunya itu sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah.

“Saya berharap selama lima tahun akan datang, kita dapat menguruska­n DUN Sabah dengan betul dan lancar serta berharap anggota DUN Sabah akan bekerjasam­a dengan kita untuk kebaikan dan kelancaran mesyuarat akan datang,” katanya. -Bernama

 ?? Gambar Jabatan Penerangan ?? GEORGE Juhar. (kiri) menerima watikah pelantikan daripada
Gambar Jabatan Penerangan GEORGE Juhar. (kiri) menerima watikah pelantikan daripada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia