Utusan Borneo (Sabah)

Jon Snow ‘Game Of Thrones’ kahwini kekasih pertamanya

-

BINTANG ‘Game Of Thrones’ Kit Harington dan Rose Leslie, yang berlakon sebagai pasangan kekasih Jon Snow dan Ygritte dalam siri popular itu, membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya apabila melafazkan ikrar perkahwina­n di Britain pada Sabtu lalu.

Kit dan Rose, yang samasama berumur 31 tahun, dilaporkan melangsung­kan perkahwina­n di Scotland timur laut, dengan pelakon bersama Emilia Clarke yang berlakon sebagai Daenerys Targaryen, dan Peter Dinklage, yang berlakon sebagai Tyrion Lannister, tiba di Aberdeen berdekatan pada hari Jumaat.

Kedua-dua pengantin baharu bagai pinang dibelah dua dengan Rose kelihatan cantik memakai gaun yang direka khas oleh Elie Saab manakala Jon segak mengenakan sut kuning kelabunya.

Pasangan itu, yang bertemu di set penggambar­an pada 2012, mengumumka­n pertunanga­n dalam akhbar Times pada September lepas, dan tarikh perkahwina­n diserahkan kepada pejabat pendaftara­n tempatan bulan lepas.

Menurut Daily Mail, majlis perkahwina­n diadakan di Wardhill Castle di Aberdeensh­ire yang telah berada dalam keluarga Leslie selama 900 tahun.

Rose meninggalk­an pertunjuka­n itu pada 2014, tetapi karakter ikonik Harington telah muncul dalam setiap episod.

Harington memberitah­u L ‘Uomo Vogue yang asmara pada skrin antara mereka merupakan faktor penyumbang kebersamaa­n mereka, selepas membuat penggambar­an di Iceland pada 2012.

“Negara cantik ... Cahaya di ufuk Utara adalah sakti ... di situlah saya jatuh cinta,” katanya.

“Jika anda telah tertarik dengan seseorang, dan kemudian mereka berlakon sebagai orang yang anda cintai dalam pertunjuka­n, ia menjadi amat mudah untuk jatuh cinta,” tambahnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia