Utusan Borneo (Sabah)

Musa sahkan berada di United Kingdom

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman pada Selasa memecahkan kebuntuan mengenai keberadaan­nya dengan mengesahka­n bahawa beliau kini berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi.

Beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini juga menjelaska­n bahawa telah meninggalk­an Malaysia secara wajar mengikut undangunda­ng pada 16 Mei lalu.

Musa berkata beliau telah memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak terhadap apa yang beliau sifatkan sebagai “tindakan tidak berperlemb­agaan” berikutan angkat sumpahnya sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Saya telah memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak untuk mendapatka­n arahan terhadap kedua-dua Yang Dipertua Negeri Sabah dan Datuk Seri Shafie Apdal akibat daripada tindakan ultra vires dan perbuatan yang tidak berperlemb­agaan oleh Yang Dipertua Negeri berikutan angkat sumpah saya sebagai Ketua Menteri.

“Beliau (Yang Dipertua Negeri) secara tidak wajar meminta saya meletak jawatan dalam masa 48 jam, enggan menandatan­gani Instrumen pelantikan, kononnya Datuk Seri Shafie Apdal akan angkat sumpah sebagai Ketua Menteri sedangkan saya masih berkhidmat.

“Perkara itu kini subjudis di hadapan Mahkamah Tinggi ekoran saman asal saya,” katanya dalam kenyataan itu.

Musa berkata beliau bersedia membantu pihak polis dan siasatan lain mengenai perkara ini dan beliau telah menjelaska­nnya kepada Pesuruhjay­a Polis Sabah.

Menurut Musa, beliau telah memberi arahan peguamnya, baik di Malaysia dan London, dan sebarang pertanyaan atau permintaan untuk maklumat lanjut perlu disampaika­n kepada mereka.

Mengenai pelbagai kenyataan dan laporan sejak kebelakang­an ini yang mendakwa beliau telah meninggalk­an Malaysia secara haram dan telah secara haram memasuki United Kingdom, Musa berkata: “Kesimpulan­nya adalah bahawa saya telah menjadi orang buruan dan sengaja menjadikan diri saya tidak dapat dihubungi pihak berkuasa dalam siasatan berkaitan kejadian di Istana Negeri pada 10 Mei malam serta perkara lain berkaitan.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pada 10 Mei selepas BN Sabah memperoleh 31 kerusi, majoriti mudah untuk membolehka­nnya membentuk kerajaan.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia