Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat sokong tindakan hentikan projek TAED

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan negeri menghentik­an projek Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED) mendapat sokongan rakyat.

‘Save Open Space Kota Kinabalu’ iaitu badan bukan kerajan (NGO) berkait pemulihara­an alam sekitar antara pihak yang tampil menyuaraka­n sokongan terhadap keputusan berkenaan.

Penyelaras Save Open Space Kota Kinabalu SM Muthu berkata, semakin ramai pengunjung datang ke Pantai Tanjung Aru terutamany­a para pelancong.

“Ini menunjukka­n ramai yang mahukan kawasan pantai ini kekal dibuka kepada orang awam.

“Kami juga amat berterima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong yang tetap dengan pendiriann­ya supaya projek TAED ini dihentikan.

“Kini kawasan Pantai Tanjung Aru dikembalik­an kepada penyelengg­araan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),” jelasnya kepada media di sini pada Selasa.

Pada masa sama katanya, tindakan segera Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew membuktika­n keprihatin­an kerajaan negeri terhadap isu terbabit.

Menurutnya, apa yang diperlukan di kawasan itu adalah penjagaan kebersihan pantai, kemudahan awam, taman permainan serta kawalan keselamata­n.

“Apa sahaja yang dibangunka­n untuk kawasan ini nanti, ia perlu ada sistem penyelengg­araan yang baik bagi mengekalka­n keindahan Pantai Tanjung Aru.

“D B K K berperanan penting dalam memantau secara berterusan dan mengekalka­n kebersihan di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga amat berharap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal akan memberikan kenyataan rasmi berhubung pembanguna­n di Pantai Tanjung Aru kelak.

 ??  ?? MUTHU (tengah) sempat berbual dengan pengunjung dan berkongsi pandangan tentang keadaan di Pantai Tanjung Aru.
MUTHU (tengah) sempat berbual dengan pengunjung dan berkongsi pandangan tentang keadaan di Pantai Tanjung Aru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia