Utusan Borneo (Sabah)

Mastari tanding ketua Umno bahagian Kudat

-

KUDAT: Pertanding­an untuk merebut jawatan ketua bahagian Umno Kudat dijangka menarik dengan penyertaan beberapa pemimpin tempatan yang tidak asing lagi dalam arena politik di daerah ini.

Seorang daripadany­a, Mastari Kanjabun, pernah bertanding dalam pemilihan ketua bahagian pada persidanga­n Umno tahun 2013, tetapi kalah di tangan penyandang ketika itu, Datuk Bolkiah Haji Ismail.

Kini Bolkiah tidak mempertaha­nkan jawatan kerana tidak lagi bersama Umno.

“Soal menang atau kalah bukanlah satu masalah bagi saya. Apa yang penting sekarang, sekurang kurangnya sebagai cabaran kepada pihak calon-calon yang bertanding,” kata Mastari, sambil menambah melalui pertanding­an itu juga memberikan peluang perwakilan menilai dari sudut kualiti kepimpinan.

“Pemimpin yang jujur dan amanah berani bangkitkan isu rakyat terhadap kerajaan kini dan sebagainya, adalah antara kriteria seorang calon yang baik,” katanya.

Mastari menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua bahagian Umno Kudat pada persidanga­n pemilihan Umno Kudat dijangka pada 30 Jun ini.

“Keputusan ini diambil selepas melihat beberapa perkara yang membuat saya merasa perlu untuk saya bertanding dengan jawatan berkenaan,” katanya.

“Saya diminta untuk bertanding semula adalah sebagai memenuhi permintaan ahli parti diperingka­t akar umbi sekali gus memberikan nafas baru dalam barisan kepimpinan UMNO Kudat,” katanya.

 ??  ?? MASTARI KANJABUN
MASTARI KANJABUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia