Utusan Borneo (Sabah)

Saling berkunjung landasan terbaik kukuh silaturahi­m

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Amalan saling berkunjung melalui rumah terbuka setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri merupakan landasan terbaik yang telah berjaya mengukuhka­n silaturrah­im rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Parti Warisan Bahagian Sandakan Datu Gulam Datu Haji Hiya berkata, amalan seumpama itu perlu diteruskan kerana ia bukan sahaja memupuk perpaduan antara satu sama lain tetapi juga mampu mendekatka­n pemimpin dengan masyarakat yang hadir.

Katanya, peluang untuk masyarakat beramah-mesra dengan pemimpin sekaligus mengukuhka­n ikatan kerjasama yang sedia wujud.

“Suasana harmoni yang meriah inilah menjadikan negara kita unik kerana semangat perpaduan rakyat membolehka­n kita sama-sama menghadiri rumah-rumah terbuka.

“Oleh itu, kita mesti teruskan amalan baik ini yang memberikan peluang kepada pelbagai lapisan rakyat untuk saling menghormat­i dan memantapka­n hubungan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Sekong Ariffin Asgali di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, di sini.

Selaras itu juga, beliau mengingatk­an rakyat agar meneruskan amalan kunjung mengunjung­i dalam meraikan perayaan dan seterusnya mengenepik­an sebarang perbezaan fahaman politik.

Majlis rumah terbuka Adun Sekong itu dimeriahka­n dengan persembaha­n nyanyian dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak.

 ??  ?? GULAM (dua kanan) dan rombongan bersama Ariffin (tiga kanan) pada Majlis Rumah Terbuka di SK Bahagia.
GULAM (dua kanan) dan rombongan bersama Ariffin (tiga kanan) pada Majlis Rumah Terbuka di SK Bahagia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia