Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 10 tahun rogol gadis bawah umur

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang merogol seorang gadis bawah umur, dipercayai teman wanitanya, dikenakan penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Faiz Ali, 25, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit kesalahan ialah penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat jika sabit salah.

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian, 14 Mei 2016 kira-kira jam 3 pagi, di kawasan semak sebuah kampung, daerah Kuala Penyu.

Mengikut fakta kes, pada 13 Mei 2016 jam 11 malam, mangsa keluar bersama rakannya. Mereka didatangi tertuduh bersama tiga lagi rakan tertuduh, kemudian mereka melepak bersama di tepi pantai.

Keesokan hari jam 3 pagi, tertuduh mempelawa mangsa untuk menghantar­nya pulang dengan menunggang motosikal.

Namun tertuduh tidak menghantar mangsa, sebaliknya membawa ke kawasan semak, seterusnya mereka melakukan hubungan seks.

Pada 8 Disember 2016, ibu mangsa mendapati anaknya mengandung dan laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut. Tertuduh ditangkap pada hari yang sama.

Mangsa dihantar ke hospital pada 23 Disember untuk menjalani pemeriksaa­n dan mendapati kandungan berkenaan berusia kira-kira 33 minggu.

Pada 13 Febuari 2017, mangsa melahirkan seorang bayi lelaki. Pemeriksaa­n DNA melalui spesimen darah dilakukan dan dihantar ke Jabatan Kimia.

Hasil analisis mendapati spesimen darah bayi berkenaan konsisten sebagai anak kandung mangsa dan tertuduh.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan memohon hukuman ringan dikenakan.

“Ayah saya sudah meninggal. Ibu pula sudah lanjut usia. Adik-beradik yang lain sudah berkahwin, hanya saya seorang yang menyara ibu,” katanya.

Timbalan Pendakwara­ya Husna Abd Halim meminta hukuman berat dijatuhkan ke atas tertuduh kerana merogol gadis bawah umur.

“Kesalahan seumpama ini kerap berlaku, yang mana kepentinga­n awam memerlukan hukuman berat dikenakan.

“Kes terhadap tertuduh sebelum ini pernah didaftarka­n, namun tertuduh tidak berjaya dijejaki. Pada 21 Jun, polis berjaya menangkapn­ya,” katanya.

Beliau juga meminta agar tertuduh dikenakan pengawasan polis selain membayar pampasan kepada mangsa. Mahkamah memerintah­kan Mohd Faiz menjalani pemenjaraa­n itu bermula dari tarikh sabitan, selain membayar pampasan sebanyak RM10,000 atau jika gagal membayar denda, dipenjara enam bulan.

Tamat tempoh hukuman, tertuduh dikenakan pengawasan polis selama tempoh dua tahun.

 ??  ?? MOHD FAIZ
MOHD FAIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia