Utusan Borneo (Sabah)

Mantapkan kerangka tadbir urus

Bagi mencapai pembanguna­n perniagaan lestari

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Mohd Shafie Haji Apdal berkata, pembanguna­n perniagaan yang lestari tidak akan dapat dicapai tanpa adanya tadbir urus yang baik.

Oleh demikian katanya, pihak pengurusan koperasi perlu memantapka­n kerangka tadbir urus sedia ada bagi memastikan perjalanan pengurusan dapat berjalan dengan lancar.

“Ini juga dapat mengukuhka­n keyakinan orang awam khususnya pelanggan terhadap koperasi,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (Kosan) Ke-5 di Dewan Sa’adah, Wisma Muis, Sembulan pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon Ming Fung.

Shafie berkata, barisan Anggota Lembaga Koperasi, pengurusan dan ahli koperasi juga perlu memperleng­kapkan diri dengan ilmu pengetahua­n, kemahiran dan sentiasa mengikuti perkembang­an terkini mengenai bidang perniagaan, industri dan lain-lain hal berkaitan yang boleh membantu memajukan koperasi.

“Saya juga dimaklumka­n bahawa dalam mesyuarat agung kali ini, ada pemilihan empat orang Anggota Lembaga Pengarah baharu yang akan memikul tanggungja­wab serta mengharung­i cabarancab­aran yang akan dihadapi bersama-sama Anggota Lembaga Koperasi yang sedia ada,” katanya.

Beliau berharap agar semua Anggota Lembaga Koperasi dapat meneruskan langkah dengan merealisas­ikan visi serta misi yang jelas kepada koperasi dan kepada semua ahli koperasi.

Beliau juga menyeru agar Anggota Lembaga Koperasi menjadi peneraju dengan mengambil apa jua langkah dalam membawa keuntungan kepada koperasi.

Shaf i e merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Anggota Lembaga Koperasi serta pengurusan yang telah berjaya mengadakan mesyuarat agung pada kali ini yang dihadiri oleh anggota Kosan dari Ibu Pejabat, Papar dan Tuaran.

Sementara itu, Pengarah Suruhajaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah Umar Sarim Saidin berkata anggota koperasi perlu bijak dalam menentukan pembelian sesuatu aset supaya mampu memberi pulangan yang tinggi.

Beliau berkata, SKM sentiasa terbuka untuk membantu anggotanya yang merancang untuk mengembang­kan koperasi melalui pembelian aset ataupun bidang perniagaan lain.

“SKM amat menggalakk­an koperasi membeli aset tetapi perlu memilih aset yang betul-betul memberi pulangan kepada koperasi seperti menjalanka­n aktiviti perladanga­n, pertanian, peruncitan dan Ar-Rahnu.

“Contohnya, ahli koperasi boleh membeli bangunan dan mengubahsu­ai menjadi sebuah hotel mini mahupun hotel bajet yang menawarkan penginapan kepada pelancong yang sentiasa datang ke Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Umar berkata sehingga kini terdapat 1,492 koperasi di negeri ini dengan keahlian lebih 300,000 orang dan nilai aset lebih RM822 juta.

menyampaik­an anugerah Perkhidama­tan Cemerlang kepada salah seorang kakitangan Kosan.

“Barisan Anggota Lembaga Koperasi, pengurusan dan ahli koperasi juga perlu memperleng­kapkan diri dengan ilmu pengetahua­n, kemahiran dan sentiasa mengikuti perkembang­an terkini mengenai bidang perniagaan, industri dan lain-lain hal berkaitan yang boleh membantu memajukan koperasi. ” DATUK MOHD SHAFIE HAJI APDAL Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? FRANKIE
FRANKIE
 ??  ?? (Gambar atas) FRANKIE menyampaik­an anugerah Jasa Mu Dikenang kepada salah sorang kakitangan Kosan. (Gambar kanan) FRANKIE (tengah) bersama, Umar, Noorzain (tengah) dan Ahli Lembaga Pengarah Kosan.
(Gambar atas) FRANKIE menyampaik­an anugerah Jasa Mu Dikenang kepada salah sorang kakitangan Kosan. (Gambar kanan) FRANKIE (tengah) bersama, Umar, Noorzain (tengah) dan Ahli Lembaga Pengarah Kosan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia