Utusan Borneo (Sabah)

Pendaki meriahkan rumah terbuka Sabah Hikers Club

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN (Gambar atas) BARISAN AJK SHC yang menghadiri majlis itu. (Gambar kiri) NASIP dan Haroi penganjur bersama Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.

KOTA KINABALU: Selepas sebulan berpuasa, kehadiran Syawal sentiasa ditunggu bukan saja oleh masyarakat Islam malah oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Pada bulan ini juga, hampir setiap hari ada jemputan menghadiri rumah terbuka yang sudah menjadi budaya dalam kalangan rakyat.

Pengerusi Sabah Hikers Club (SHC) atau Kelab Pendaki Sabah, Nasip Asintu bersama Timbalan Pengerusi SHC Haroi @Hardi Juhin tidak ketinggala­n menganjurk­an Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2018 di Felda Sahabat bermula jam 12 tengahari hingga jam 5 petang pada Sabtu.

Jarak bukanlah penghalang bagi ahli SHC untuk menghadiri rumah terbuka itu. Adad i antara mereka sanggup memandu kira-kira 115km dari Lahad Datu yang mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit. Ada juga yang sanggup berkereta dari Tawau, ada juga dari Semporna dan Kunak sematamata untuk menghadiri rumah terbuka itu yang terpaksa dilanjutka­n hingga jam 8 malam kerana kehadiran orang ramai khususnya ahli SHC dan pendaki yang lain.

Masyarakat setempat dan rakan sekerja dari FGVPM Zon Sabah turut hadir dalam sambutan Hari Raya itu yang turut diserikan dengan dendangan lagu-lagu raya dalam bentuk karaoke.

Majlis itu juga dihadiri oleh rakan-rakan sekerja dan sanak saudara pengerusi SHC dan timbalan pengerusi SHC yang menjadi tuan ramah majlis itu.

Kegembiraa­n dalam kalangan ahli SHC tidak terletak kerana kejayaan mendaki puncak yang tinggi semata-mata kerana ia turut tergambar dalam program rumah terbuka itu. Majlis itu mampu mengukuhka­n jalinan silaturrah­im selain dapat saling bermaafan dalam suasana Aidilfitri itu.

Kehadiran rakan-rakan pendaki dari Kumpulan Pendaki Hantu Bukit dan lain-lain turut menyerikan suasana. Di tambah lagi dengan menu-menu yang disajikan sememangny­a sedap untuk dinikmati.

SHC adalah sebuah kelab pendaki yang aktif. Kelab itu berjaya menakluki beberapa puncak tinggi di wilayah pantai timur Sabah malah sudah melakar kejayaan mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu pada April lepas.

Antara program kembara mendaki bukit yang bakal dilaksanak­an ialah mendaki Puncak Rinjani di Pulau Lombok pada September depan. SHC juga sedang menyusun persediaan rapi untuk membolehka­n lebih 200 pendaki dari pelbagai pelosok di negara ini untuk mendaki Gunung Kinabalu tahun depan.

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Pengerusi SHC dan Timbalan Pengerusi SHC mempertemu­kan pendaki pendaki gunung dan keluarga mereka dalam suasana Aidilfitri yang mulia.

Mungkin pendaki-pendaki sudah biasa melihat keindahan pemandanga­n alam dari puncak yang tinggi. Namun keindahan untuk saling menghulur tangan bermaaf-maafan sesama insan adalah puncak keindahan yang lebih tinggi lagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) RAKAN-rakan sekerja dan rakan pendaki lain yang turut memeriahka­n Rumah Terbuka Aidilfitri itu.
(Gambar kiri) SANAK saudara yang turut hadir di majlis itu.
(Gambar atas) RAKAN-rakan sekerja dan rakan pendaki lain yang turut memeriahka­n Rumah Terbuka Aidilfitri itu. (Gambar kiri) SANAK saudara yang turut hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia