Utusan Borneo (Sabah)

Pusat arahan canggih pengurusan bencana

Cadangan kerajaan sebagai persediaan menghadapi semua kemungkina­n

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah pusat arahan yang canggih bertujuan menyelaras semua bentuk saluran bantuan semasa berlaku sesuatu bencana, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pusat berkenaan akan dikendalik­an oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

“Kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi semua kemungkina­n. Untuk maju ke hadapan, saya berharap dapat melihat NADMA mengetuai pengurusan bencana dengan mempunyai pusat arahan yang canggih,” kata beliau pada persidanga­n akhbar, Selasa.

Terdahulu, Dr Wan Azizah menyampaik­an ucapan perasmian pada Mesyuarat Jawatankua­sa ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Mesyuarat Berkaitan ke-32 yang dihadiri 84 wakil dari negara-negara anggota ASEAN dan beberapa pertubuhan dari Australia, Kanada, China dan New Zealand.

Beliau memberitah­u pemberita perkara itu masih dalam cadangan.

Bagaimanap­un, masih tidak jelas lagi sama ada cadangan itu melibatkan penubuhan pusat yang baru sepenuhnya atau menaiktara­f saja Pusat Arahan Bencana Kebangsaan di Pulau Meranti Puchong yang diurus oleh NADMA sejak 2015.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Komuniti berkata, keutamaan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru adalah mengambil tanggungja­wab pengurusan bencana secara holistik dan pragmatik termasuk memastikan keselamata­n dan privasi wanita semasa bencana.

Beliau berkata, ide berkenaan termasuk menyediaka­n tempat berteduh yang lebih baik kepada wanitra semasa bencana dengan mengadakan ruang privasi agar mereka boleh memiliki privasi dan ruang sendiri.

Beliau berkata keutamaan juga bagi mengurangk­an risiko bencana dan meningkatk­an gerakan kecemasan menerusi kerjasama negara-negara anggota ASEAN dan dengan orang awam dan sektor swasta tempatan.

“Kita perlu bekerjasam­a. Ia penting kerana di rantau ini kita menghadapi bencana yang hampir serupa. Kita perlu tolong menolong antara satu sama lain sebagai jiran,” katanya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? AZIZAH mendengar penerangan mengenai peralatan iPled Ultra Lite oleh Logistic Pembantu Koperal Logistik, Sufendi Suraji selepas melancarka­n Pengurusan Bencana dan Mesyuarat Berkaitan ke-32 ASEAN pada Selasa. -
Gambar BERNAMA AZIZAH mendengar penerangan mengenai peralatan iPled Ultra Lite oleh Logistic Pembantu Koperal Logistik, Sufendi Suraji selepas melancarka­n Pengurusan Bencana dan Mesyuarat Berkaitan ke-32 ASEAN pada Selasa. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia