Utusan Borneo (Sabah)

ADUN Selangor angkat sumpah jawatan

-

SHAH ALAM: Lima puluh lima daripada 56 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor pada Selasa mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke14 di sini.

Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Menteri Besar Selangor yang baharu, Amirudin Shari yang juga ADUN Sungai Tua, diikuti 10 anggota Exco dan ADUN yang lain.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baharu dilantik, Ng Suee Lim.

ADUN Sungai Kandis Mat Shuhaimi Shafiei tidak hadir atas faktor kesihatan.

Sebelum itu, Ng, 47, yang juga Setiausaha Publisiti DAP Selangor mengangkat sumpah sebagai Speaker menggantik­an bekas ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan yang kini Anggota Parlimen Segambut.

ADUN Paya Jaras daripada PKR, Mohd Khairuddin Othman, 47, pula dilantik sebagai Timbalan Speaker menggantik­an bekas ADUN Bangi daripada PAS, Mohd Shafie Ngah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, Pakatan Harapan kekal memerintah Selangor apabila mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 51 daripada 56 kerusi DUN, iaitu PKR memperoleh 25 kerusi, DAP (15), Parti Amanah Negara (lapan) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tiga).

Barisan Nasional (BN) pula kehilangan lapan daripada 12 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU13, apabila hanya mengekalka­n kerusi DUN Sungai Panjang, Hulu Bernam, Sungai Burong dan Sungai Air Tawar.

PAS pula hanya mampu memenangi satu berbanding 12 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini iaitu Sijangkang.

 ??  ?? MENTERI Besar Selangor Amiruddin Shari (tengah) bersama barisan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Persidanga­n Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 di Dewan Negeri Selangor, Bangunan SUK...
MENTERI Besar Selangor Amiruddin Shari (tengah) bersama barisan Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Persidanga­n Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 di Dewan Negeri Selangor, Bangunan SUK...
 ??  ?? ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri pada Mesyuarat Pertama (angkat sumpah) Persidanga­n Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14.
ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri pada Mesyuarat Pertama (angkat sumpah) Persidanga­n Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia