Utusan Borneo (Sabah)

Pertemuan dengan PM hanya kunjungan mesra

Pertemuan atas jemputan Dr Mahathir sendiri untuk beramah mesra bersama kepimpinan Sarawak, Sabah

-

KUCHING: Pertemuan antara pemimpin Kerajaan Sarawak dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad di Seri Perdana, Putrajaya kelmarin sekadar kunjungan mesra sempena Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata pertemuan yang berlangsun­g lebih sejam tersebut adalah atas jemputan Perdana Menteri sendiri untuk beramah mesra bersama kepimpinan Sarawak dan Sabah.

“Ia hanya sekadar pertemuan biasa antara kami (pemimpin negeri) dengan beliau (Tun Dr Mahathir) dan kami amat berbesar hati atas kesudian beliau mengundang kami ke majlis jamuan ramah mesra tersebut.

“Meskipun singkat, namun pertemuan tersebut amat bermakna buat kami lebih-lebih lagi untuk merapatkan hubungan kerjasama dengan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara di peringkat kerajaan persekutua­n,” katanya.

Ditanya sama ada isu berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ada dibincangk­an dalam pertemuan tersebut, Masing berkata tiada isu dibincangk­an termasuk mengenai MA63.

TAN SRI DATUK AMAR JAMES MASING Timbalan Ketua Menteri

“Kami tidak membincang­kan apa-apa isu termasuk MA63. Kami di sana hanya untuk beramah mesra bersama dengan beliau,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Rombongan Kerajaan Sarawak diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama barisan kabinet negeri yang lain.

Selain Masing, dua lagi Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut serta dalam rombongan tersebut.

Manakala rombongan daripada Kerajaan Negeri Sabah diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Ia hanya sekadar pertemuan biasa antara kami (pemimpin negeri) dengan beliau (Tun Dr Mahathir) dan kami amat berbesar hati atas kesudian beliau mengundang kami ke majlis jamuan ramah mesra tersebut. ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia