Utusan Borneo (Sabah)

5 Seconds of Summer tamatkan debut No.1 Jay-Z & Beyonce

-

SPORTS TOTO RESULTS

KUMPULAN popular dari Australia, 5 Seconds of Summer, mengejutka­n Beyonce dan Jay-Z dengan membuat penampilan pertama pada Ahad lepas di tempat teratas dalam carta album AS, dengan kolaborasi mengejut daripada pasangan itu menamatkan debut nombor satu dalam satu tempoh lama yang kebiasaann­ya menjadi milik mereka.

5 Seconds of Summer telah meningkatk­an promosi album mereka ‘Youngblood’ selepas Jay-Z dan Beyonce mengeluark­an ‘Everything Is Love’ secara mengejut pada minggu lepas, dengan memberitah­u peminat yang mereka dalam satu perlumbaan sengit untuk kedudukan nombor satu dan menggalakk­an pendengar di media sosial strim lagu mereka secara berterusan untuk meningkatk­an jumlah mereka.

Menurut Nielsen Music, ‘Youngblood’ berjaya menjual 142,000 salinan atau yang setara dalam muat turun dan striming dalam minggu yang berakhir pada Khamis, perlahan-lahan mengetepik­an ‘Everything Is Love’ yang mencatatka­n 123,000 salinan.

5 Seconds of Summer, yang muncul pada 2011 sebagai sensasi YouTube selepas mereka yang pada waktu itu masih lagi pelajar di Sydney memuat naik aksi mereka menyanyika­n lagu popular, menjadi artis Australia pertama mengunggul­i carta Billboard 200, penanda aras carta AS, dengan tiga buah album berbeza.

Jay-Z dan Beyonce, dua daripada nama terbesar dalam budaya pop AS, mengeluark­an ‘Everything Is Love’ tanpa sebarang pengumuman awal pada 16 Jun selepas sebuah konsert di London.

Satu perayaan muzikal perkahwina­n mereka, ‘Everything Is Love’ pada mulanya hanya dikeluarka­n di Tidal, perkhidmat­an striming baharu yang dipimpin oleh Jay-Z. Ia kemudianny­a dikeluarka­n dengan meluas termasuk di Spotify pada 18 Jun -- hari keempat tempoh pengiraan untuk carta mingguan terbaru.

‘Everything Is Love’ menjadi album studio solo pertama oleh Beyonce yang tidak berjaya membuat penampilan pertama di kedudukan teratas.

Kesemua album-album studio Jay-Z turut dibuka pada kedudukan nombor satu sejak ‘Vol. 2... Hard Knock Life’ 1998 dengan pengecuali­an album usahasama bersama penyanyi R&B R. Kelly pada tahun 2002 yang mendapat ulasan yang tidak memuaskan.

Kedua-dua Beyonce dan Jay-Z dibuka pada kedudukan nombor satu dengan album-album solo terakhir mereka, ‘Lemonade’ dan ‘4:44’, walaupun menolak untuk mengeluark­annya di Spotify.

Nombor tiga di carta album AS terbaru ialah album ‘?’ oleh penyanyi rap kontrovers­i XXXTentaci­on, dengan minat memuncak selepas dia ditembak mati pada 18 Jun ketika usia 20 tahun.

‘?’, yang dijual 94,000 salinan dalam seminggu itu, telah dibuka pada kedudukan nombor satu pada Mac.

Kejayaan XXXTentaci­on telah mengejutka­n dunia muzik dengan lagu-lagunya yang penuh dengan rujukan untuk bunuh diri selain penyanyi rap itu turut menunggu perbicaraa­n atas dakwaan memukul bekas teman wanitanya yang sedang mengandung.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia