Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar SMK Lajau terima bantuan asas makanan

-

SERAMAI 100 pelajar dan 20 pekerja swasta sokongan Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, Labuan menerima bantuan keperluan asas makanan harian sempena Program Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan

Staf SMK Lajau (KRAF) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam.

Bantuan dalam bentuk beras, gula, tepung, minyak masak dan lainlain itu disampaika­n oleh Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin dan Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip.

Turut hadir, Penolong Kanan Pentadbira­n Nor Ain Mohammed, Penolong Kanan HEM Jasmi Sabtu, Penolong Kanan Kokurikulu­m Dahlan Kassim dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Norani Haji Sabuddin.

Bantuan yang diagihkan kepada pelajar itu hasil daripada kutipan yang diperoleh daripada pelbagai pihak yang bermurah hati menyumbang kepada Program Kasih Ramadan SMK Lajau 2018.

Jamatin menyambut baik program kebajikan itu kerana ia dapat membantu meringanka­n beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar itu sempena Aidilfitri pada kali ini.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan barangan bagi memastikan Program Kasih Ramadan berjaya dijalankan dengan baik.

Beliau sangat terharu dan bersyukur dengan komitmen jawatankua­sa yang terlibat yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Guru dan Staf Mohd Hisyam Assim serta Mohd Fizree Zakaria, Mohd Aminuddin Fahmi Zahari dan ahli yang lain.

Hisyam berkata, bantuan yang diagihkan kepada pelajar itu merupakan hasil derma ikhlas yang diberi oleh individu dan juga badan-badan tertentu.

“Kami hanya mengurus dan mengagihka­n hasil sumbangan yang diberikan orang ramai kepada pelajar, pekerja pembersiha­n dan pengawal keselamata­n di sekolah ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbang,” katanya.

Beliau berharap agar program berbentuk ibadah dan kerohanian seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan meluaskan lagi sasaran penerima sumbangan berkenaan.

 ??  ?? RAISIN (lima kiri) dan Jamatin (empat kiri) bersama guru dan pelajar SMK Lajau yang menerima bantuan asas makanan sempena Program Kasih Ramadan.
RAISIN (lima kiri) dan Jamatin (empat kiri) bersama guru dan pelajar SMK Lajau yang menerima bantuan asas makanan sempena Program Kasih Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia