Utusan Borneo (Sabah)

Beberapa jabatan pasukan khas PDRM distruktur semula

Sebagai penambahba­ikan bagi mengembali­kan keyakinan rakyat

-

“Saya telah dengar taklimat pertama tentang penstruktu­ran jabatan dalam PDRM hari ini termasuk beberapa pasukan “task force” juga akan dibubarkan, sebab kita mahu ‘outcome’ yang lebih ” baik daripada PDRM. TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Menteri Dalam Negeri

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menstruktu­r semula beberapa jabatan pasukan khasnya untuk tujuan penambahba­ikan, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata beliau telahpun mengadakan mesyuarat dan taklimat pertama dengan kepimpinan tertinggi PDRM hari ini untuk memperinci perkara tersebut.

“Saya telah dengar taklimat pertama tentang penstruktu­ran jabatan dalam PDRM hari ini termasuk beberapa pasukan “task force” juga akan dibubarkan, sebab kita mahu ‘outcome’ yang lebih baik daripada PDRM. “Keputusan (penstruktu­ran) akan diketahui dalam tempoh masa seminggu ke dua minggu lagi untuk mendapatka­n beberapa

lagi cadangan daripada PDRM,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Bukit Aman di sini.

Beliau menjelaska­n penstruktu­ran itu adalah untuk penambahba­ikan

PDRM agar dapat mengembali­kan keyakinan rakyat kepada pasukan itu sekaligus mengembali­kan imejnya sebagai pasukan yang dihormati sebelum ini.

Dalam pada itu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata antara jabatan yang akan terbabit dalam penstruktu­ran semula itu ialah Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gangsteris­me (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

“Kita akan buat penstruktu­ran semula dalaman dan rombakan semula,” katanya ketika ditemui pada majlis yang sama.

Menurutnya PDRM akan menyediaka­n laporan lengkap penstruktu­ran baharu itu dalam masa terdekat. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia