Utusan Borneo (Sabah)

Musang pulut diseludup jadi hidangan eksotik di negara jiran

-

KOTA BHARU: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan mendapati kegiatan penyeludup­an didalangi penduduk tempatan telah menjadikan laluan laut untuk menyeludup haiwan eksotik ke negara jiran.

Pengarahny­a Mohd Hasdi Husin berkata rampasan 60 ekor spesies musang pulut berdekatan kawasan jeti di Tok Bali, Pasir Puteh, Ahad lalu membuktika­n kegiatan tersebut benar-benar berlaku.

“Daripada maklumat yang diperoleh, haiwan eksotik ini biasanya akan menjadi hidangan kepada penggemar makanan eksotik khususnya di Thailand ataupun Vietnam.

Daging haiwan ini kemungkina­n mencecah puluhan ringgit ataupun lebih untuk sekilogram dan ia merupakan rampasan pertama berkaitan penyeludup­an haiwan tersebut pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Hasdi berkata siasatan awal mendapati musang pulut atau nama saintifikn­ya Paradoxuru­s hermaphrod­itus itu ditangkap dari hutan negeri ini dan Besut, Terengganu dan dikumpulka­n di satu tempat sebelum diseludup keluar melalui jalan laut.

Beliau berkata sebelum ini penyeludup menggunaka­n jalan darat terutama laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini, untuk menyeludup haiwan tersebut sama ada ke Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Ahad lalu, sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalanka­n Op Gelora di sekitar perairan Tok Bali, menemui 60 ekor musang bernilai RM12,000 yang dikurung di dalam sangkar di kawasan jeti dekat kawasan itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia