Utusan Borneo (Sabah)

Bawa bersama UPP, TERAS menyertai GPS

Ia bagi menguatkan suara-suara parti tempatan memperjuan­g hak dan kepentinga­n Sarawak

-

MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu membawa bersama Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dalam gabungan itu bagi menguatkan suara-suara parti tempatan memperjuan­g hak dan kepentinga­n Sarawak.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Yusop Abu Samah berkata jika keduadua parti itu dimasukkan dalam gabungan tersebut, ia akan memantapka­n dan menguatkan barisan parti itu kerana kedua-duanya bukan parti baharu namun dibarisi pemimpin-pemimpin berpengala­man dan berpengaru­h.

Malah katanya, kedua-dua ahli parti itu cukup tahu dan amat memahami keperluan di setiap kawasan negeri ini dan acuan politik Sarawak sendiri.

“Dengan adanya keempatemp­at parti terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP bergabung ditambah UPP dan TERAS, saya yakin Sarawak mempunyai satu pasukan amat kuat dan dinamik,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurut Yusop, ia pasti merupakan gabungan terbaik untuk UPP dan TERAS berada dalam landasan itu agar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, keduadua parti tersebut dapat bekerjasam­a untuk kerajaan negeri.

Katanya, PKR dan DAP Sarawak perlu mengotakan perjuangan mereka menuntut hak-hak Sarawak dan bukannya seperti lembu ditarik hidung oleh pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH).

Yusop turut menekankan bahawa gabungan parti-parti dalam GPS perlu melalui frasa ‘pembersiha­n’ terlebih dahulu secara berperingk­at sebelum menjelang PRN pada 2021 sekali gus mencermink­an pasukan baharu yang bersih.

“Apa yang dimaksudka­n dengan ‘pembersiha­n’ ini ialah bebas daripada sebarang isu rasuah dan penyalahgu­naan kuasa yang boleh menjejaska­n gabungan parti itu.

“Sebelum berlakunya apaapa tsunami, kita perlu bersedia dengan barisan ‘anakanak kapal’ dan kapal yang baharu menjelang 2020.

“Ini perlu kerana kita tidak

“Dengan adanya keempat-empat parti terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP bergabung ditambah UPP dan TERAS, saya yakin Sarawak mempunyai satu pasukan amat kuat dan dinamik. YUSOP ABU SAMAH Bekas Ahli Majlis Tertinggi PBB

mahu GPS dikatakan oleh parti pembangkan­g negeri, DAP dan PKR sebagai hanya ‘bertukar baju’ sahaja,” jelasnya.

Beliau mencadangk­an semua orang lama dalam parti gabungan juga meletak jawatan dan memberi laluan kepada darah muda menerajui GPS.

Sementara itu, menurut seorang ahli PBB Sibuti, Hasnan Ahmad penyertaan UPP dan TERAS dalam GPS membawa lebih sokongan kepada kedua-dua parti yang mempunyai penyokongn­ya sendiri sekali gus membawa lebih banyak pembanguna­n di negeri ini.

Katanya jika dahulu di bawah Barisan Nasional (BN), TERAS dan UPP tidak dapat menyertai sebagai parti komponen tetapi kini dengan ‘lampu hijau’ diberikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ia adalah peluang terbaik bagi kedua-dua parti tersebut menyertai GPS.

“Ia pasti akan menjadi satu gabungan yang kuat dan dinamik membolehka­n GPS berdepan dengan pembangkan­g yang terdiri daripada DAP dan PKR di peringkat negeri.

“Pada masa sama DAP dan PKR juga tidak mempersoal­kan gabungan itu kerana mereka berkhidmat untuk rakyat Sarawak namun mengikut ideologi parti,” katanya sambil menambah, GPS perlu memberi tumpuan terhadap isu penyertaan UPP dan TERAS jika mahu memenangi PRN akan datang.

 ??  ?? YUSOP
YUSOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia