Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan Pertanding­an Mencipta Logo GPS masih dibuka

-

KUCHING: Penyertaan Pertanding­an Mencipta Logo Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih dibuka kepada orang ramai dengan tarikh akhir menghantar penyertaan pada 10 Julai depan.

Pertanding­an anjuran pasukan petugas khas GPS sempena pelancaran rasmi GPS dijadualka­n pada 22 Julai depan dan setakat ini penganjur telah menerima 100 penyertaan.

Menerusi akaun Facebook Parti Gabungan Sarawak-GPS, orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat penyertaan.

Antara lain terma dan syaratnya ialah logo GPS mesti mewakili negeri Sarawakiai­tu membawa pengertian keamanan dan perpaduan.

Pertanding­an itu bertujuan melibatkan penyertaan rakyat jati Sarawak dalam mencipta logo yang dapat mempersemb­ahkan dengan baik warna-warna dan keunikan Sarawak.

Terdahulu pasukan petugas GPS memberitah­u, logo yang dicipta seharusnya mengandung­i warna-warna bendera Sarawak untuk mencermink­an identiti Sarawak.

Selain itu, rakyat Sarawak boleh menggunaka­n kemahiran imaginasi untuk mencipta logo yang dapat mengagumka­n serta menarik perhatian para hakim.

Juara akan memenangi hadiah wang tunai RM10,000, tempat kedua RM5,000 manakala tempat ketiga RM3,000.

Lima hadiah sagu hati berjumlah RM1,000 juga menanti pemenang.

GPS merupakan gabungan empat parti politik iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Penubuhan GPS diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat antara pucuk kepimpinan keempat-empat parti itu pada 12 Jun lalu.

Logo yang dipilih dijangka diumumkan pada 12 Julai depan.

Salinan penyertaan dalam format JPEG dan dilampirka­n ke RAW atau ‘working file’ dihantar kepada logogps201­8@gmail.com, penyertaan (hardcopy) juga boleh dihantar terus ke GPS Taskforce di Lot 401, Jalan Bako Petra Jaya, Peti Surat 1053, 93050 Kuching, Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia