Utusan Borneo (Sabah)

Dua tarikan pelancong ke Miri dibuka mulai Ogos

-

MIRI: Dua pusat riadah dan kemudahan yang merupakan lokasi baharu untuk tarikan pelancong ke sini akan dibuka bermula Ogos.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Julaihi Mohamad berkata dua pusat yang sudah siap dan dalam proses terakhir sebelum dibuka itu ialah Tebingan Miri terletak di muara Sungai Miri dan menghadap Laut Cina Selatan serta Hab Komuniti Hijau Miri di Taman Yakin.

“Keduadua pusat itu sudah siap dan kini di peringkat akhir untuk kerjakerja kemasan sebelum dibuka kepada umum pada Ogos akan datang,” katanya semasa mempengeru­sikan mesyuarat penuh bulanan ahli-ahli MBM di sini semalam.

Katanya MBM mengadakan lawatan dan pemeriksaa­n bagi tujuan kelulusan terlebih dahulu kedua-dua lokasi tersebut sebelum dapat dibuka kepada orang awam.

Tambahnya, projek itu dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg namun tarikhnya masih belum diputuskan.

Apabila siap sepenuhnya, kedua-dua projek tersebut melengkapk­an beberapa rangkaian projek berasaskan pelanconga­n dan kemasyarak­atan dibangunka­n menggunaka­n dana sumbangan Kerajaan Sarawak berjumlah

RM10 juta.

Peruntukan itu diumumkan oleh Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada sambutan ulang tahun Hari Bandar Raya Miri Ke-10 pada Mei 2015.

Selain projek Tebingan Miri yang menelan kos RM3.7 juta serta Hab Komuniti Hijau Miri sejumlah RM1 juta, projek lain dibangunka­n dengan peruntukan tersebut ialah menaik taraf Pusat Khazanah Miri, Miri City Coffee Table Book, Simposium Pelanconga­n, Aplikasi MBM dan ICT serta pembinaan pasar baharu Morsjaya dan Waterfront Kampung Pangkalan Lutong.

MBM menyasarka­n menyiapkan semua projek tersebut menggunaka­n geran RM10 juta bagi meningkatk­an usaha mempromosi Miri sebagai Bandar Raya Peranginan khasnya kepada pelancong dalam dan luar negeri selain menikmati pelbagai kemudahan disediakan.

 ??  ?? HAB Komuniti Hijau untuk penduduk Miri di Taman Yakin.
HAB Komuniti Hijau untuk penduduk Miri di Taman Yakin.
 ??  ?? KUDA laut menjadi ikon Tebingan Miri kini di peringkat akhir kerjakerja kemasan sebelum dibuka kepada umum pada Ogos.
KUDA laut menjadi ikon Tebingan Miri kini di peringkat akhir kerjakerja kemasan sebelum dibuka kepada umum pada Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia