Utusan Borneo (Sabah)

Rogol murid: Reman lelaki warga emas dilanjutka­n

-

MIRI: Mahkamah Sesyen di sini memerintah­kan tempoh reman ke atas seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana disyaki merogol seorang murid perempuan berusia lapan tahun dilanjutka­n tujuh hari lagi.

Tempoh reman ke atas suspek tamat tempoh pada 1 Julai depan.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Steve Ritikos setelah meluluskan permohonan reman lanjut dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Wira Sumbin daripada Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Wira memberitah­u bahawa suspek direman selama tujuh hari sejak 18 Jun lalu.

Memandangk­an siasatan awal masih belum dapat disiapkan dalam tempoh itu, justeru beliau memohon agar suspek direman lanjut tujuh hari lagi mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu, Wira memberitah­u pada 16 Jun lalu, seorang ibu membuat laporan di Balai Polis Batu Niah mendakwa anak perempuann­ya yang berusia lapan tahun dirogol oleh dua jirannya.

Dalam aduannya, ibu mangsa yang berusia 40 tahun mendakwa sekitar jam 5 petang, pada 14 Mei lalu dia dimaklumka­n oleh dua guru wanita sekolah anaknya bahawa mangsa pernah mengadu kepada guru terbabit bahawa dia dirogol oleh dua lelaki yang merupakan jiran mereka.

Bertindak atas maklumat sekitar jam 11.10 malam, 16 Jun lalu sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang pergi ke sebuah rumah di Kampung Muhibah Ladang 3, Subis untuk menangkap dua lelaki masing-masing mengalami kecederaan diserahkan oleh penduduk kampung.

Berikutan itu, suspek berusia 57 dan 62 tahun masing-masing dari Kampung Muhibah Ladang 3, Subis dan Sulawesi Selatan, Indonesia kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia