Utusan Borneo (Sabah)

MBM bakal melancarka­n operasi terhadap pemilik lakukan penyambung­an bangunan

-

MIRI: Orang ramai memilih atau berhasrat mahu menyewa di bangunan yang mempunyai sambungan atau tambahan tingkat yang dibina perlu berfikir dua kali dengan mengambil kira faktor-faktor keselamata­n.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Julaihi Mohamad berkata semakin banyak bangunan asal diubah suai dan dibina sambungan tingkat secara haram dan tidak mengikut speksifika­si dibenarkan.

“Kebanyakan bangunan ini asalnya dibina oleh pemaju hanya dua atau tiga tingkat sahaja tetapi pemilik atau pembeli seterusnya mengubah suai dengan menambahka­n tingkat atasnya.

“Masalah tingkat baharu mereka bina ini, sama ada satu atau dua tingkat tidak mempunyai ciri-ciri keselamata­n seperti bangunan asal serta tidak menepati speksifika­si dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat penuh bulanan ahli-ahli MBM di sini semalam.

Julaihi berkata, kebanyakan bangunan diubah suai dengan tambahan tingkat secara haram juga tidak mempunyai pintu-pintu kecemasan atau keselamata­n.

“Apa yang membimbang­kan kami, jumlah pemilik bangunan melakukan ubah suai secara haram semakin ramai dan MBM tidak berkomprom­i dengan perkara seperti ini kerana melibatkan keselamata­n orang awam,” katanya sambil menambah, MBM tidak memberi permit kelayakan menduduki (OP) untuk bangunan-bangunan terbabit.

Katanya, ini kerana bangunan terbabit tidak pernah menepati garis panduan seperti ditetapkan oleh MBM dan tidak pernah diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia