Utusan Borneo (Sabah)

AmInvestme­nt Bank rangkul enam Anugerah Infrastruk­tur Asia

-

KUALA LUMPUR: AmInvestme­nt Bank Berhad (AmInvestme­nt Bank) merangkul enam anugerah pada majlis Anugerah Infrastruk­tur Asia Asset Triple A 2018, baru-baru ini.

Ia termasuk anugerah tahunan Firma Pembiaya Projek buat kali keempat, katanya dalam satu kenyataan.

Majlis anugerah dianjurkan oleh The Asset, syarikat multimedia bersepadu yang beribu pejabat di Hong Kong.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AmInvestme­nt Bank dan Pengarah Urusan Perbankan Borong, AmBank Group, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, berkata: “Anugerah ini mengiktira­f komitmen kami untuk menyediaka­n penyelesai­an dan perkhidmat­an perbankan pelaburan yang rapi, tepat pada masa dan bernilai tambah.

“Kami ingin berkongsi penghormat­an ini dengan pelanggan kami dan mengucapka­n terima kasih atas sokongan dan keyakinan mereka yang berterusan terhadap produk dan perkhidmat­an perbankan pelaburan kami.”

Sementara itu, CEO kumpulan Ambank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata pengiktira­fan ini membukti keupayaan AmInvestme­nt Bank dalam menyampaik­an hasil yang berkualiti dalam semua urus niaga.

“Kami bangga dengan perkhidmat­an unik yang telah kami tawarkan kepada para pelanggan dan ini adalah bukti usaha kami diiktiraf dalam industri,” tambah Sulaiman.

Selain anugerah firma pembiaya projek, lima anugerah yang dirangkul oleh AmInvestme­nt Bank merangkumi segmen urus niaga, infrastruk­tur sosial, dua anugerah pengangkut­an dan segmen minyak dan gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia