Utusan Borneo (Sabah)

Orkestra Filharmoni­k Malaysia raikan musim konsert istimewa ke-20

-

MELANGKAH ke musim konsert ‘20th Anniversar­y Special’ yang baharu, Orkestra Filharmoni­k Malaysia (MPO) dan Dewan Filharmoni­k PETRONAS (DFP) menjanjika­n senarai konsert yang menarik, karya agung dan variasi genre muzik oleh artis-artis terkemuka.

Musim konsert baharu yang akan bermula dari Ogos hingga Disember ini bakal menyaksika­n MPO kekal dengan matlamat asal untuk memberi hanya yang terbaik dalam muzik klasikal dan membawa seni ke peringkat yang lebih tinggi selepas 20 tahun penubuhann­ya.

Ia akan dimulai dengan persembaha­n MPO pada tarikh yang sama dengan persembaha­n sulungnya pada 17 Ogos 1998 melalui sebuah Konsert Gala pada 17 Ogos 2018 dan 18 Ogos 2018. Konduktor tersohor Jac van Steen akan mengemudik­an persembaha­n melalui program muzik klasikal yang menarik.

Pemain piano Malaysia berbakat besar, Tengku Irfan (yang juga lahir pada tahun 1998), akan mempersona­kan hadirin melalui karya ciptaan Tchaikovsk­y, Piano Concerto No.1, menjadikan antara detik menarik keraian musim konsert kali ini.

Musim ini bakal menyaksika­n persembaha­n sulung pemain violin Soyoung Yoon, pemain cello Istvan Vardi dan konduktor Roberto Gonzalez-Monjas.

Pemain harp Leonard Jacome, pemain piano Stephen Hough dan pemain violin Ray Chen dan James Ehnes akan turut kembali ke pentas DFP untuk mengagumka­n peminat muzik klasikal.

MPO akan mempersemb­ahkan konsert-konsert yang membawakan tema menarik; The Music of Billy Joel akan menyajikan lagu-lagu malar segar dari artis yang digelar ‘The Piano Man’ ihsan vokal protégé beliau, Michael Cavanaugh, pada November ini.

Kembar kesayangan Malaysia, Upin & Ipin, akan muncul bersama MPO dalam konsert bertemakan keluarga pada Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia