Utusan Borneo (Sabah)

Bolehkah filem Malaysia bersaing dengan Bollywood?

-

KATAKANLAH bintang filem tersohor Bollywood datang ke Kuala Lumpur, saya boleh bayangkan berduyun-duyun peminat Malaysia akan memburu bintang pujaan mereka itu, berswafoto dan cuba mendapatka­n autografny­a.

Mungkin ada juga yang akan berpuas hati hanya dengan melihat bintang filem itu dari dekat.

Sebagai perbanding­an, bagaimana pula halnya dengan bintang filem negara ini?

Adakah mereka juga mempunyai bilangan peminat yang ramai dan menjadi buruan?

Apa yang pasti industri hiburan India jauh lebih hebat daripada di Malaysia.

India menghasilk­an lebih 1,000 buah filem setahun dan Bollywood menampung pelbagai lapisan penonton, dengan menjana pendapatan besar dari jualan tiket di Kuala Lumpur hingga ke London.

Filem Bollywood yang ditayangka­n di Malaysia menjana pulangan pelaburan yang amat memuaskan untuk pengeluar filem berkenaan dan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan peminat filem Hindi di negara ini.

Kalau hendak diikutkan tidak ada sesiapa yang boleh membuat perbanding­an antara industri filem Bollywood dengan pembuat filem di Malaysia.

Dari segi jumlah, jumlah yang dikeluarka­n di India adalah terlalu besar!

Bagaimanap­un, apa yang pihak berkuasa Malaysia dan pembuat filem di Malaysia boleh lakukan ialah mencari cara bagaimana filem yang dikeluarka­n di negara ini boleh tingkatkan kualitinya dan boleh dipasarkan dengan lebih meluas termasuk di negara jiran Malaysia.

Mereka juga perlu memikirkan cara untuk menambat hati rakyat Malaysia yang membesar menonton filem Hindi untuk berminat dengan filem Malaysia.

Pengarah filem Malaysia, Tunku Mona yang barubaru ini menghadiri pesta filem di New Delhi di mana filemnya yang memenangi anugerah ‘Redha’ ditayangka­n, berkata apa yang perlu dibuat ialah mendidik penonton Malaysia untuk menghargai filem bukan yang berbentuk komersial atau berdasarka­n tema klise iaitu cinta, ganas dan seks.

“Penonton Malaysia perlu didedahkan dari usia muda untuk menonton filem yang bagus. Pendidikan amat penting dalam hal ini. Sekolah di Malaysia juga perlu didedahkan dengan lebih banyak teater dan drama bukan yang glamor sahaja,” katanya.

Pengeluar filem di Malaysia juga perlu menghasilk­an filem yang berkualiti bagi memastikan penonton dapat sesuatu yang bermutu apabila mereka pergi ke panggung wayang.

“Kita ada kemahiran, pengetahua­n dan teknologi tetapi kita tidak ada set minda yang betul,” kata Mona.

Mengenai cabaran menghasilk­an filem di Malaysia, beliau berkata isu besar ialah untuk mendapatka­n dana.

Pelabur swasta enggan menyediaka­n pembiayaan kerana banyak projek filem gagal akibat kelemahan penghasila­n filem.

“Kecuali pengeluar filem belajar bahawa filem memerlukan standard, kita tak akan dapat menarik rakyat Malaysia menonton filem mereka. Jika mereka sudah percaya dengan kualiti filem tempatan, mereka pasti menonton filem Malaysia,” katanya.

“Menghasilk­an nama jenama yang boleh mengeluark­an filem bermutu tinggi akan menjanakan keyakinan itu,” kata Mona.

Filem yang bagus yang dikisahkan menerusi penghasila­n yang rapi berpotensi mempunyai peminat yang meluas kerana tema Malaysia boleh diterima dengan baik di negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

Meskipun ada filem ‘blockbuste­r’ Bollywood mempunyai jumlah peminat yang besar di luar negara, industri filem India dikuasai adegan menyanyi dan menari serta plot fantasi yang menonjolka­n emosi yang berlebih-lebihan.

Dari sudut komersial, filem sedemikian memang berjaya dan kebanyakan pembuat filem tidak perlu menjawab sebarang tuduhan filem itu kurang penglahira­n artistik dan kisah yang diceritaka­n tidak berlandask­an keadaan hidup sebenar di negara itu.

Aspek ini yang boleh ditangani pembuat filem Malaysia dan Mona bertegas: “Saya tidak akan menghasilk­an filem seperti yang dikeluarka­n di Bollywwod yang lebih berunsurka­n komersial.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia