Utusan Borneo (Sabah)

Kurangkan import benih sayuran

Bagi tingkat keupayaan industri pertanian tempatan

-

SEPANG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani komited membangunk­an teknologi ke arah mengurangk­an kebergantu­ngan industri pertanian terhadap import biji benih sayuran dari luar negara.

Menterinya Salahuddin Ayub (gambar) berkata satu perbincang­an khusus bersama Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta beberapa jabatan berkaitan akan diadakan segera bagi mencari jalan bagaimana kebergantu­ngan sehingga 90 peratus kepada benih import itu dapat dikurangka­n bagi meningkatk­an keupayaan industri pertanian tempatan serta pekebun sayur.

Beliau berkata pemerkasaa­n industri benih tempatan berupaya membantu petani memperoleh benih yang lebih murah dengan kualitinya juga setaraf yang diimport sekali gus mendorong mengurangk­an faktor yang menjadi antara sebab peningkata­n harga makanan.

“Isu benih dan keupayaan menghasilk­an hanya 10 peratus daripada keperluan biji benih didapati menjadi antara halangan pengembang­an sektor pertanian sayur yang memerlukan tumpuan segera kementeria­n.

Dengan kepakaran MARDI dan disokong beberapa jabatan lain, kita yakin usaha menghasilk­an benih sendiri boleh dilakukan walaupun memakan sedikit masa,” katanya pada sidang media selepas melawat dan mengadakan dialog dengan pengusaha projek usahawan tani Bukit Damar, Dengkil di sini pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pengarah Pertanian Datuk Jamal Harizan Yang Razali.

Salahuddin berkata keupayaan dalam aspek teknologi merupakan antara sebab kebergantu­ngan negara kepada import biji benih sedangkan keupayaan tempatan hanya terhad kepada penghasila­n benih sayur seperti timun, kacang panjang dan kacang buncis.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata Jabatan Pertanian juga perlu menyediaka­n lebih banyak kursus bagi melengkapk­an kumpulan petani dengan kemahiran pertanian moden seiring perkembang­an semasa sektor tersebut.

Beliau berkata modul latihan kepada petani boleh mengambil pendekatan yang dilaksanak­an oleh negara seperti Taiwan, Jepun dan Thailand yang nyata lebih terkedepan dalam penggunaan teknologi untuk membangun dan memajukan sektor pertanian.

Dalam perkembang­an lain, Salahuddin berkata cadangan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) supaya pemberian subsidi kepada industri padi dikembangk­an kepada tanaman lain yang boleh mendatangk­an pulangan tinggi kepada pesawah atau petani adalah lebih kepada usaha untuk meningkatk­an pendapatan isi rumah para pesawah, bukannya mengurangk­an pemberian subsidi.

Beliau berkata cadangan itu dikemukaka­n selepas MPK mendapati pendapatan isi rumah pesawah tidak meningkat walaupun pemberian subsidi yang tinggi diberikan kerajaan selama ini.

“Saya harap para petani tidak keliru dan terpedaya kononnya kita hendak kurangkan subsidi. Sebenarnya, cadangan itu lebih kepada bagaimana untuk mempelbaga­ikan penggunaan subsidi bagi meningkatk­an pendapatan isi rumah pesawah ,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia