Utusan Borneo (Sabah)

Perak pertingkat penguatkua­saan untuk cegah penceroboh­an habitat kelip-kelip

-

TAIPING: Kerajaan negeri Perak akan memperting­katkan penguatkua­saan bagi mencegah penceroboh­an kawasan hutan yang menjadi habitat kelip-kelip di Kampung Dew dekat sini.

Exco Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing berkata aktiviti penceroboh­an hutan itu boleh merosakkan industri pelanconga­n di kawasan sekitar.

Katanya kerajaan negeri mempunyai pelan jangka panjang untuk pembanguna­n kawasan berkenaan dan akan berbincang dengan persatuan, pejabat tanah daerah Kerian serta Larut, Matang dan Selama untuk mengatasi penceroboh­an tersebut.

“Saya juga akan hubungi Pejabat Tanah dan Galian negeri untuk mendapatka­n maklumat mengenai kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerosakan jeti kelip-kelip Kampung Dew di sini pada Selasa.

Menjelas lanjut, Tan berkata ekopelanco­ngan menjadi kekuatan kepada industri pelanconga­n negeri ini untuk menjana ekonomi Perak.

Selain itu, Tan berkata rezab kawasan jeti kelip-kelip Kampung Dew akan diperluask­an daripada 0.2347 hektar kepada 0.261 hektar setelah ia diluluskan pada 21 Mac lepas.

“Kita sedang menunggu pelan baru daripada Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri (Upen) dan ia dijangka akan dapat diluluskan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Persatuan Pelanconga­n Kelip-Kelip Kampung Dew Shukor Ishak berkata penceroboh­an kawasan hutan di kawasan tersebut menjejaska­n 10 hingga 20 peratus pendapatan 125 nelayan tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia