Utusan Borneo (Sabah)

Rundingan sedang dibuat untuk selesai isu Gatco

-

JEMPOL: Kerajaan negeri masih dalam proses mengadakan rundingan dengan penduduk dan pemilik tanah berkenaan isu pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah (Ladang Gatco), dekat sini bagi menyelesai­kan kemelut pemilikan tanah di kawasan tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata sehubungan itu beliau telah meminta Exco dan beberapa wakil rakyat mengadakan sesi perbincang­an dengan pihak berkenaan (penduduk dan pemilik tanah).

“Perbincang­an itu dibuat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai hak ke atas tanah tersebut kerana ianya adalah milik individu dan sebuah syarikat… bagaimanap­un kita pihak kerajaan telah menjalinka­n kerjasama dengan pemilik tanah bagi memastikan perkara yang dibangkitk­an penuntut (penduduk) boleh diselesaik­an,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad di sini, Selasa.

Ketika ditanya berapa lama proses rundingan akan berjalan, Aminuddin berkata isu ini perlu dilihat secara keseluruha­n dan hanya melalui kerjasama atau rundingan membolehka­n hak yang dituntut penduduk dapat diperoleh daripada pemilik tanah kawasan ladang tersebut.

Turut hadir Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil negeri Datuk Aliasak Ambia dan Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Sembilan Mohd Jazlanuddi­n Azmi.

Pada 1 Jun lepas, seramai 60 penduduk Gatco menyerahka­n memorandum kepada Aminuddin bagi memohon beliau mengatasi kemelut tanah ladang tersebut.

Isu pertikaian ladang Gatco bermula apabila peneroka tidak berpuas hati dengan penjualan ladang itu dan mendakwa wujud penyelewen­gan dalam penjualan tanah tersebut kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangk­an syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa ialah kira-kira RM500 juta.

Kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, menyebabka­n ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.

PKNNS kemudian memajakkan tanah tersebut selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioner­s Trading Corporatio­n Bhd (Gatco) pada 1977 dan Gatco menjadikan kawasan tersebut sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 4.048 hektar dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia