Utusan Borneo (Sabah)

Mayat ditemui di Colombia disahkan wartawan Ecuador

-

CALI: Pendakwa raya Colombia kelmarin berkata mayat yang ditemui di sebuah kawasan hutan sempadan adalah tiga wartawan Ecuador yang terbunuh selepas dijadikan sebagai tebusan.

Mayat tersebut, ditemui pada Khamis lepas, adalah mayat wartawan Javier Ortega, 32, jurugambar Paul Rivas, 45, dan pemandu mereka Efrain Segarra 60. Ketiga-tiganya telah diculik pada 26 Mac.

Mayat itu “akan diserahkan kepada pihak berkuasa Ecuador yang sudah menguruska­n pengangkut­an udara dari Cali,” menurut kenyataan kerajaan Colombia.

Ketiga-tiga mangsa, bekerja dengan akhbar berpengaru­h El Comercio di Ecuador, diculik ketika membuat liputan mengenai keganasan di sepanjang sempadan terpencil, mendorong kedua-dua negara menghantar pasukan tentera untuk memburu pelakunya.

Pihak berkuasa menyalahka­n penculikan itu terhadap sebuah kumpulan yang diketuai oleh Walter Patricio Artizala, lebih dikenali sebagai “Guacho”, seorang bekas gerila Colombia dengan FARC yang tidak aktif lagi.

Wilayah sempadan timur laut Ecuador yang dilitupi oleh hutan tebal dan mempunyai beberapa sungai menuju ke Pasifik, telah menjadi syurga bagi pengedar dadah.

Kes tersebut turut menjejaska­n hubungan antara Ecuador dan Colombia.

Menteri Luar Negara Ecuador, Jose Valencia berkata mayat akan dihantar pulang pada tengah hari Rabu dengan sebuah pesawat tentera udara Ecuador.

Tiada pengenalpa­stian segera bagi mayat keempat yang ditemui di dalam kubur yang sama.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PEGUAM Negara Nestro Humberto Martinez (tengah) ketika ditemu bual oleh media di Cali, Colombia mengesahka­n mayat yang ditemui baru-baru ini adalah wartawan Ecuador.
— Gambar Reuters PEGUAM Negara Nestro Humberto Martinez (tengah) ketika ditemu bual oleh media di Cali, Colombia mengesahka­n mayat yang ditemui baru-baru ini adalah wartawan Ecuador.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia