Utusan Borneo (Sabah)

Perbicaraa­n pertama ‘bayi dicuri’ era Franco bermula di Sepanyol

-

MADRID: Seorang doktor Sepanyol berusia 85 tahun dijangka hadir di sebuah mahkamah Madrid semalam, orang pertama yang akan dibicaraka­n bagi ribuan kes yang disyaki mengenai bayi dicuri daripada ibu mereka semasa era Franco.

Dalam satu bahagian yang gelap dan sering kali tidak diendahkan dalam pemerintah­an diktator oleh Jeneral Francisco Franco pada 193975, bayi baharu lahir oleh beberapa penentang sayap kiri rejim, atau pasangan yang tidak berkahwin atau miskin, telah dirampas daripada ibu mereka dan dijadikan anak angkat.

Ibu-ibu baharu sering kali diberitahu bahawa bayi mereka meninggal dunia secara mengejut dalam masa beberapa jam selepas kelahiran dan pihak hospital telah membantu menguruska­n pengebumia­n mereka ketika sebaliknya mereka telah diberi atau dijual kepada keluarga lain.

Tindakan itu bermula selepas Franco memegang kuasa selepas perang saudara Sepanyol pada 1936-39 melibatkan pihak Republikan sayap kiri menentang pihak konservati­f Nasionalis yang setia kepada jeneral yang mahu mengeluark­an Sepanyol daripada pengaruh Marxis.

Bermula pada 1950 ia telah dilanjutka­n dengan pengambila­n bayi baharu lahir daripada keluarga miskin termasuk bayi yang tidak sah taraf.

Prinsip asas adalah bahawa kanak-kanak itu akan menjalani hidup yang lebih baik dengan dibesarkan oleh keluarga Roman Katolik yang berpengaru­h, konservati­f dan patuh.

Sistem tersebut – yang didakwa melibatkan satu rangkaian luas terdiri daripada doktor, jururawat, rahib dan paderi – diteruskan selepas kematian Franco pada 1975 dan dilakukan sebagai rangkaian penyeludup­an bayi haram sehingga 1987 ketika satu undang-undang berkaitan pengambila­n anak angkat telah diperkenal­kan.

Penganjur kempen menganggar­kan berpuluh ribu bayi mungkin telah dicuri daripada ibu bapa mereka selama beberapa dekad.

Eduardo Vela, yang bertugas sebagai seorang pakar ginekologi di klinik Sa Ramom di Madrid yang sekarang tidak lagi berkhidmat, telah dituduh pada 1969 mengambil Ines Madrigal, sekarang berusia 49 tahun, daripada ibu kandungnya, dan menyerahka­nnya kepada seorang wanita lain yang telah menipu dalam sijil kelahirann­ya sebagai ibu kandung dan membesarka­nnya.

Dia telah didakwa memalsukan dokumen rasmi, pengambila­n anak angkat secara haram, penahanan yang melanggar undang-undang dan membuat pengesahan bagi kelahiran yang tidak wujud.

Perbicaraa­n telah dijadualka­n bermula pada jam 10 pagi waktu tempatan.

Penganjur kempen menyatakan sekurang-kurangnya 2,000 aduan lain bagi kes sama telah difailkan di mahkamah namun sehingga sekarang tiada satupun yang dihadapkan di mahkamah di sebuah negara yang masih belum dapat melepaskan legasi diktator.

Kes-kes telah disimpan sahaja disebabkan oleh kekurangan bukti atau kerana statut pengehadan telah berlalu.

Pada 2013 seorang rahib berusia 87 tahun, yang bertugas dengan Vela dan dikatakan mengawal penyeludup­an bayi di Madrid, telah meninggal dunia sebelum dia dijangka dihadapkan di mahkamah.

Vela telah disoal siasat sekejap oleh polis selepas sebuah majalah pada 1982 menyiarkan temu bual dengan beberapa wanita yang mendakwa mereka telah ditipu mengenai bayi mereka selepas bersalin di San Ramon namun siasatan itu tidak diteruskan.

Dia memberitah­u penyiasat pada 2013 bahawa sebagai pengarah di klinik tersebut dia sering menandatan­gani dokumen tanpa membacanya terlebih dahulu.

Ditemu bual oleh BBC pada 2011, Vela memegang sebatang salib besi dan menyatakan: “Saya sering bertindak di atas nama-Nya. Selalunya bagi kebaikan kanak-kanak dan bagi melindungi ibu mereka,

Madrigal, seorang pekerja landasan kereta api yang mengetuai cawangan Murcia bagi pertubuhan SOS Stolen Babies, telah meneliti semula kes selepas membaca satu artikel pada 2010 mengenai “bayi yang dicuri” yang menyenarai­kan klinik San Ramon di mana dia telah dilahirkan sebagai satu tumpuan bagi penyeludup­an bayi. Dia berasa curiga kemungkina­n dia adalah salah seorang mangsanya dan mula menyiasat.

Ketika Madrigal menyatakan dia tidak menjangka Vela akan memberi jawapan mengenai asal usulnya ketika Vela muncul di mahkamah, dia memberitah­u wartawan AFP bahawa dia berharap perbicaraa­n selama dua hari akan menandakan satu keputusan bermakna yang membawa kepada pihak berkuasa membuka semula siasatan.

“Ini akan menjadi satu pencapaian saya yang paling besar. Bahawa satu pintu terbuka di sini, satu pintu dengan harapan,” Madrigal memberitah­u AFP.

Cristina Monacha, yang tidak pernah melihat bayi lelakinya selepas diberitahu bayinya meninggal dunia hanya beberapa hari selepas dilahirkan di Madrid pada 1984, menyatakan apa yang boleh dilakukan oleh Vela adalah membatalka­n haknya untuk terus berdiam diri dan ia akan selesai.”

Monacha berkata dia tidak pernah ditunjukka­n mayat bayi lelakinya atau di mana kuburnya.

 ?? — Gambar Reuters ?? MADRIGAL bergambar di luar parlimen di Madrid, Sepanyol kelmarin.
— Gambar Reuters MADRIGAL bergambar di luar parlimen di Madrid, Sepanyol kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia