Utusan Borneo (Sabah)

Chong Wei mudah mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2018 yang berlangsun­g di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil pada Selasa.

Chong Wei tidak berdepan masalah menundukka­n pencabarny­a, Kazumasa Sakai dari Jepun dengan kemenangan straight set 21-13, 21-10 dalam masa 33 minit pada perlawanan pembukaan perseorang­an lelaki itu.

Menanti beliau pada perlawanan seterusnya adalah pemain berpengala­man Lee Hyun Il dari Korea Selatan yang mengalahka­n Suppanyu Avihingsan­on, 21-18, 2113.

Chong Wei yang merupakan juara 11 kali Terbuka Malaysia, berkata beliau akan sentiasa berhati-hati beraksi di pusingan pertama kerana pemain muda yang disifatkan lebih bertenaga akan memberi kejutan kepada pemain berpengala­man.

“Saya berpuas hati dengan aksi hari ini, pusingan pertama dalam mana-mana kejohanan bukan mudah kerana pemain muda atau pemain bukan pilihan lebih bertenaga dan mereka sering membuat kejutan, jadi saya perlu fokus untuk mendapatka­n mata dengan cepat.

“Kini, pemain muda adalah pencabar utama saya. Beraksi di laman sendiri, sebagai tuan rumah, saya perlu bermain lebih baik di hadapan penyokong. Saya berharap pada perlawanan seterusnya saya dapat tampilkan aksi lebih baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Turut mengikut jejak langkah Chong Wei adalah pemain perseorang­an wanita, Goh Jin Wei yang menewaskan Pai Yu Po dari Taiwan, 21-13 dan 21-17 pada aksi pusingan pertama.

Jin Wei dijangka berdepan pemain pilihan ketujuh Sung Ji Hyun dari Korea Selatan atau pemain Indonesia Fitriani pada pusingan seterusnya itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia