Utusan Borneo (Sabah)

Arab Saudi cemari keceriaan El Hadary

-

VOLGOGRAD, Rusia: Penjaga gol Mesir, Essam El Hadary menyelamat­kan satu tendangan penalti selepas menjadi pemain paling tu ayang beraksi di Piala Dunia Isnin lepas tetapi ia tidak memadai untuk menghalang M e si r tewas 1-2 kepada Arab Saudi.

Penjaga gol berusia 45 tahun itu menepis satu tendangan penalti Fahad Al Muwallad pada minit ke-39 perlawanan di Volgograd Arena.

“Saya benar-benar berasa gembira,” kata beliau selepas perlawanan. “Saya orang paling gembira di dunia kerana mencipta rekod ini.”

Tetapi kegembiraa­n El Hadary dicemari dengan kebangkita­n Arab Saudi dari ketinggala­n oleh gol pembukaan Mohamed Salah untuk Mesir.

Kedua-dua gol Arab Saudi dijaringka­n pada lewat separuh masa pertama dan kedua, dengan Salem Al-Dawsari memastikan kemenangan pertama Arab Saudi di Piala Dunia sejak melangkah ke pusingan kedua pada 1994.

“Saya boleh berterima kasih kepada rakan sepasukan kerana mereka membantu saya mencipta rekod tetapi saya benar-benar sedih dengan keputusan akhir perlawanan ,” tambah E l Hadary.

Mesir masih belum mencipta sebarang kemenangan dari tiga penampilan di Piala Dunia.

El Hadary berusia 45 tahun dan 161 hari apabila memasuki padang selepas dua pasuk anyang disahkan tersingkir dari saingan Kumpulan A, bermain untuk maruah.

Beliau mengatasi rekod umur penjaga gol dari Colombia, Faryd Mondragon, yang berusia 43 tahun dan tiga hari apabila menentang Jepun pada 2014 di Brazil.

Salah diturunkan dalam kesebelasa­n utama seperti yang dijangkaka­n dan menggembir­akan sejumlah 36,823 penonton yang kebanyakan­nya penyokong Mesir dengan gol pembukaan pada minit ke-22.

Gol Salah itu adalah gol pertama yang dijaringka­n Mesir dalam permainan terbuka (bukan dari tendangan penalti) di Piala Dunia sejak 27 Mei, 1934 apabila Abdulrahma­n Fawzi menjaringk­an gol ketika tewas 2-4 kepada Hungary.

Mesir masih mendahului kedudukan apabila Arab Saudi diberikan tendangan penalti kontrovers­i kedua pada minit akhir sebelum rehat dengan Fahad dilihat menarik jersi Ali Gabr.

Tetapi selepas semakan video bantuan pengadil, pengadil tetap memberikan tendangan penalti yang disempurna­kan oleh Salman Al-Faraj untuk gol penyamaan.

Namun tuah memihak kepada Arab Saudi sekali lagi apabila diberikan tendangan penalti tetapi El Hadari berjaya menepis tendangan kedua Al-Faraj pada minit ke-51.

El Hadary membuat penampilan sulung bersama Mesir pad 1996, setahun sebelum rakan sepasukann­ya, Ramadan Sobhi lahir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia