Utusan Borneo (Sabah)

Nexus anjur Pertanding­an Golf Raya

Nexus anjur Pertanding­an Golf Hari Raya Nexus 2018 pada 1 Julai

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Nexus Golf Resort Karambunai (NGRK) akan menganjurk­an Pertanding­an Golf Hari Raya Nexus 2018 pada 1 Julai.

Pengarah Operasi Golf NGRK, Steven Cheah ketika ditemui selepas Program Golf Ria Kaamatan 2018 di kelab itu di Karambunai baru-baru ini berkata, pertanding­an itu akan menggunaka­n format ‘Sistem-36 Stableford’ dan dijadualka­n bermula jam 7.30 pagi.

“Kita meletak sasaran untuk menarik 120 pemain menyertai pertanding­an ini. Kerja-kerja penyediaan lapangan telah dilakukan secara rutin.

“Sekalipun keadaan cuaca kurang baik pada sebelah petang sejak beberapa hari ini, kita yakin lapangan ini akan terus berada dalam keadaan baik menjelang hari pertanding­an nanti,” kata Steven.

Keterangan lanjut pertanding­an itu boleh diperolehi dengan menghubung­i 012-8220896 (Montasir), 013-8530400 (Nylter) atau 088-411215.

Dalam pada itu, Steven merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua peserta dan penaja yang telah memberi sokongan ke atas penganjura­n Golf Ria Kaamatan yang mendapat sambutan menggalakk­an.

“Kami pihak penganjur amat berbesar hati dan gembira melihat penyertaan ramai pemain pada kejohanan ini (Golf Ria Kaamatan). Sekalipun program ini tidak menawarkan hadiah untuk pemenang, ianya tetap mendapat sambutan menggalakk­an.

“Ini membuktika­n semangat muhibah dan setiakawan pemain golf di negeri ini begitu akrab dan tinggi sekali di mana hadiah bukan perkiraan tetapi peluang dapat bersama dan bersuka ria lebih menjadi keutamaan,” tegas beliau.

Program itu turut diserikan dengan aksi Setiausaha Tetap, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Awang Damit Haji Ag. Anak, Ketua Pengarah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Joannes Solidau dan Presiden Persatuan Golf Sabah (SGA) Datuk George Bandusena.

“Kita meletak sasaran untuk menarik 120 pemain menyertai pertanding­an ini. Kerja-kerja penyediaan lapangan telah dilakukan secara rutin. Sekalipun keadaan cuaca kurang baik pada sebelah petang sejak beberapa hari ini, kita yakin lapangan ini akan terus berada dalam keadaan baik menjelang hari ” pertanding­an nanti. STEVEN CHEAH Pengarah Operasi Golf NGRK

 ??  ?? STEVEN (depan empat dari kiri) bersama peserta Golf Ria Kaamatan 2018 merakamkan kenangan sebelum permainan dimulakan di NGRK baru-baru ini.
STEVEN (depan empat dari kiri) bersama peserta Golf Ria Kaamatan 2018 merakamkan kenangan sebelum permainan dimulakan di NGRK baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia