Utusan Borneo (Sabah)

Mengaku miliki 38.89g dadah: Penganggur dipenjara, sebat

Mengaku salah miliki 38.89 gram dadah

- Oleh CLARICE USOP

LABUAN: Seorang penganggur warga asing dikenakan penjara lima tahun dan sepuluh sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana memiliki Methamphet­amine seberat 38.89 gram.

Hakim Indra Hj Ayub menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jimhar Saliun, 20, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, pemenjaraa­n seumur hidup atau untuk tempoh tidak kurang lima tahun dan dikenakan tidak kurang sepuluh sebatan.

Kesalahan itu dilakukan pada 6 Mac jam 6.40 petang, di kawasan Industri Halal Hab, Kampung Kiansam, di sini.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian, pengadu bersama anggota pasukannya menjalanka­n tugas Ops Tapis, di kawasan terbabit.

Semasa melakukan rondaan, mereka melihat sebuah kenderaan dihentikan di hujung jalan dekat Jeti Jalal Hab, lalu beliau menghentik­an kereta peronda untuk melihat.

Tiba-tiba seorang lelaki yang duduk di bahagian penumpang belakang melarikan diri, ke arah kawasan semak, lalu dua anggota pasukan pengadu bertindak mengejar.

Sementara itu, pengadu mengekori kenderaan terbabit yang memecut laju cuba untuk melarikan diri, namun gagal dikesan.

Setelah kembali ke tempat kejadian, beliau dimaklumka­n anggotanya, menemukan plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu, disembunyi­kan di dalam poket hadapan seluar lelaki terbabit.

Tertuduh seterusnya dibawa ke balai polis untuk tindakan lajut, manakala barang kes dianalisis menunjukka­n seberat 51.18 gram syabu.

Dalampadai­tu,mahkamah memerintah­kan Jimhar menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia