Utusan Borneo (Sabah)

Banduan didakwa meliwat

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seorang banduan lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan persetubuh­an diluar tabii terhadap seorang lagi banduan.

Mohd Fazil Juwandih, 21, yang dituduh mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan, berhadapan dengan hukuman pemenjaraa­n antara lima tahun hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja memasukkan zakarnya ke dalam dubur mangsa yang berusia 20 tahun, tanpa kerelaanny­a.

Kesalahan dilakukan pada 6 Disember tahun lalu jam 1 pagi, di Blok Harapan 1, Penjara Pusat Sabah, di sini.

Mengikut fakta kes, satu laporan polis dibuat oleh pengadu seorang anggota penjara pada 11 Disember tahun lalu, berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, semasa melakukan rondaan, beliau dimaklumka­n mangsa bahawa dirinya diliwat oleh tertuduh sebanyak tiga kali, di dalam asrama.

Mangsa menceritak­an, semasa kejadian kirakira jam 1 pagi, tertuduh memasukkan zakarnya ke dalam dubur mangsa secara paksa, mengakibat­kannya berasa sakit.

Perkara itu tidak diceritaka­n kepada sesiapa, kerana takut dipukul tertuduh, sebaliknya hanya memberitah­u pengadu, setelah tertuduh dipindahka­n ke blok lain atas kes buli yang dilakukann­ya.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan pengurusan kes pada 27 Julai, terhadap Mohd Fazil setelah menolak pengakuan salahnya, selepas menafikan fakta kes terbabit.

Menurut tertuduh yang tidak diwakili peguam, kejadian terbabit hanya berlaku satu kali.

Kini tertuduh sedang menjalani hukuman pemenjaraa­n selama tempoh sepuluh tahun, atas kesalahan yang sama.

Pendakwaan terbabit dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja.

 ??  ?? MOHD FAZIL
MOHD FAZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia