Utusan Borneo (Sabah)

Tiada campur tangan k’jaan

Isu tunggakan bil elektrik pusat beli-belah 1Borneo

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan tidak akan campur tangan dalam isu membabitka­n tunggakan hutang bil elektrik pusat beli-belah 1Borneo.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, masalah itu sepatutnya diselesaik­an antara 1Borneo dan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) tanpa melibatkan kerajaan negeri.

“Kalau masalah seperti ini pun kerajaan campur tangan, nanti akan ada lagi pihak lain yang tampil mengemukak­an masalah yang sama.

“Masalah ini tidak sepatutnya terbantut begitu lama. Kalau tidak dapat bayar banyak, bayarlah sikit-sikit.

“Mesti ada disiplin dalam bisnes dan kerajaan tidak boleh campur tangan dengan entiti yang berhadapan dengan masalah tunggakan bil elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet Negeri di sini pada Rabu.

Shafie berkata, SESB perlu menjalanka­ntugasdeng­anbaik agar perkhidmat­an bekalan elektrik dapat disediakan kepada pelanggan.

Bagaimanap­un jelasnya, jika ada pihak yang gagal membayar bil, ia sudah tentu akan menjejaska­n perkhidmat­an SESB.

“Saya belum lagi ada berjumpa dengan mereka (1Borneo) tapi mereka ada menghantar surat kepada saya.

“Tapi keputusan saya tetap sama, 1Borneo perlu menjelaska­n hutang bil elektrik mereka.

“Kalau mereka mampu membawa banyak pelaburan dan bantu ekonomi negeri, sudah tentu mereka juga mampu untuk membayar bil elektrik,” jelasnya.

 ?? Gambar BERNAMA ?? SHAFIE bersalaman bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (kiri) sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Negeri pada Rabu. -
Gambar BERNAMA SHAFIE bersalaman bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (kiri) sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Negeri pada Rabu. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia