Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditahan bersama motosikal curi

-

KINABATANG­AN: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia bersama sebuah motosikal dilaporkan hilang di Beluran dalam rondaan di Jalan Sukau di sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Superinten­danASahakR­ahmat berkata suspek berumur 34 tahun merupakan seorang pekerja kebun yang tiada dokumendir­isahdanber­alamat di Kampung Gomantong Jaya Batu 4 Sukau.

“Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, semasa Sarjan Mohd Ali Taslim bersama dua anggota membuat rondaan cegah kemalangan dan penguatkua­saan trafik di Jalan Sukau, telah menahan suspek yang sedang menunggang motosikal berkenaan,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaa­n dan dokumentas­i mendapati penunggang motosikal terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan lesen memandu.

“Pemeriksaa­n dijalankan menggunaka­n alat Mcops mendapati motosikal jenis Yamaha bernombor pendaftara­n ST6404M milik asal, Mohd Faizal Zakaria, mempunyai rekod kes kenderaan hilang di Beluran,” katanya.

Beliau berkata pihak polis merampas motosikal dan membuat tangkapan ke atas lelaki terbabit dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatang­an untuk tindakkan selanjutny­a.

“Polis menjalanka­n siasatan mengikutSe­ksyen379AK­anun Keseksaan bagi kesalahan mencuri motosikal dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun serta denda,” katanya. - Oleh YUSOP TEPPO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia