Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Sultanah Bahiyah terima sumbangan mesin bantuan oksigen

-

ALOR SETAR: Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada Rabu lima unit mesin bantuan oksigen sumbangan First Solar Malaysia bagi kegunaan pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif.

Pengarah Sumber Manusia First Solar Malaysia, Masliza Mansor berkata rawatan paliatif itu merupakan rawatan sokongan yang diberikank­epadapesak­ityang mempunyai penyakit yang tidak dapat disembuhka­n dan mempunyai jangka hayat singkat.

“Tiga unit mesin diberikan kepada pihak HSB manakala dua lagi untuk kegunaan Persatuan Hospis Kedah (PHK). Mesin ini akan diletakkan di hospital dan ia akan dibawa ke rumah pesakit sekiranya pesakit ingin mendapatka­n rawatan di rumah.

“Ini merupakan kerjasama pertama bersama HSB dan diharap sumbangan mesin ini dapat memberi keselesaan kepada pesakit yang memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas,” katanya selepas majlis penyerahan Mesin Bantuan Oksigen di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, pada Rabu.

Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada Program Khidmat Masyarakat (CSR) First Solar Malaysia sempena ulang tahun ke-10 syarikat tersebut.

Pakar Perubatan Paliatif HSB, Dr Fazlina Ahmad berkata fungsi utama rawatan paliatif adalah untuk memberi keselesaan serta kualiti kehidupan yang terbaik kepada pesakit semasa rawatan dijalankan bukan hanya semasa harihari terakhirny­a sahaja.

“Perubatan ini untuk keselesaan pesakit terutamany­a yang menghidap penyakit kanser dan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, hati dan jantung. Kita ingin pastikan pesakit terutamany­a yang memilih untuk mendapatka­n rawatan di rumah berada dalam keadaan selesa walaupun jangka hayat mereka pendek.

“Secara purata, pesakit memerlukan mesin ini ketika saat terakhir antara sebulan hingga dua bulan, jadi dalam setahun mesin ini boleh dimanfaatk­an untuk kegunaan 20 orang pesakit atau lebih lagi,” katanya.

Dalam pada itu, wakil Persatuan Hospis Kedah Dr Mahani Kamarudin berkata pihaknya berharap lebih lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) dapat memberi sokongan sama ada berbentuk mesin mahupun sokongan kakitangan untuk membantu pesakit dari sudut perubatan, psikologi, sosial, emosi dan spiritual. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia