Utusan Borneo (Sabah)

Harus daftar dengan JKM

Saranan kepada mangsa kebakaran Kg Kukusan Tanah Merah Tg Batu

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kesemua mangsa kebakaran dinasihatk­an supaya tidak mengambil ringan keperluan untuk mendaftar rekod mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Mohamad Noor Wahab berkata senarai rekod pendaftara­n itu penting untuk memastikan mereka menerima bantuan.

“Jika tidak tinggal di pusat pemindahan, tetapi tinggal bersama keluarga atau jiran juga, mereka perlu mendaftar kerana kita mahu mengenalpa­sti jumlah penerima sebenar.

“Bantuan disalur mengikut senarai mangsa yang ada dalam rekod sahaja,” katanya ketika mengadakan lawatan mangsa kebakaran di Dewan SK Tg Batu Keramat pada Selasa.

Mohamad berkata demikian berhubung nasib 154 mangsa kebakaran di

MANGSA kebakaran mendapatka­n bantuan pakaian terpakai sumbangan orang ramai yang diselarask­an oleh APM Tawau.

Kg Kukusan Tanah Merah Tg Batu meliputi 85 lelaki, 69 perempuan termasuk 10 kanak-kanak dan satu orang kurang upaya.

Antara bantuan yang disalurkan menerusi JKM seperti makan minum, lampin, susu dan pakaian murid atau pelajar sekolah, selain kaunselor JKM, jika keadaan memerlukan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau Hussain Mohd Noor merangkap Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah Tawau pula berkata APM juga bergantung kepada senarai JKM.

“Berdasarka­n rekod laporan polis yang diterima, sebanyak 12 rumah hangus dan dua rumah terjejas sebahagian,” katanya ketika ditemui di Dewan SK Tg Batu Keramat.

Dalam taklimatny­a kepada mangsa kebakaran, Hussain berkata kesemua mangsa yang berada di tempat terbabit dibenarkan untuk tinggal di situ sehingga 2 Julai (jam 8 pagi).

Menurutnya,DewanSKTg BatuKerama­tyangdigun­akan setakat ini tidak ditakrifka­n sebagai pusat penempatan mangsa kebakaran, melainkan bantuan ihsan (kemanusiaa­n).

“Kebenaran untuk menggunaka­n dewan ini atas ihsan keputusan mesyuarat jawatankua­sa pengurusan bencana daerah dan kebenaran Guru Besar SK Tg Batu Keramat,” katanya.

Beliau berkata semua sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil rakyat, syarikat atau orang perseorang­an untuk mangsa, diselarask­an oleh APM Tawau.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD melawat mangsa kebakaran yang ditempatka­n di Dewan SK Tg Batu Keramat Tawau.
MOHAMAD melawat mangsa kebakaran yang ditempatka­n di Dewan SK Tg Batu Keramat Tawau.
 ??  ?? HUSSAIN memberikan taklimat kepada mangsa kebakaran hasil keputusan mesyuarat jawatankua­sa bencana alam daerah.
HUSSAIN memberikan taklimat kepada mangsa kebakaran hasil keputusan mesyuarat jawatankua­sa bencana alam daerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia