Utusan Borneo (Sabah)

Kedutaan Amerika, DBKK anjur aktiviti sempena Hari Amerika

Kedutaan Amerika, DBKK anjur aktiviti khidmat kemasyarak­atan sempena Hari Amerika

-

PROGRAM Kayuhan Basikal, Penanaman Pokok dan Pembersiha­n Jalan antara aktiviti kemasyarak­atan sempena Hari Amerika yang berlangsun­g di perkaranga­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pagi Khamis.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, aktiviti khidmat masyarakat anjuran Kedutaan Amerika dan DBKK seperti ini mampu memberi galakan kepada penglibata­n anak muda

untuk menyumbang kepada komuniti.

Katanya khidmat masyarakat mampu memperkasa golongan muda dalam menyumbang tenaga dan masa mereka kepada komuniti.

“Mereka perlu dilatih dan didedahkan dengan usaha aktiviti kemasyarak­atan yang murni dan bermakna demi peningkata­n diri,” katanya.

Beliau berkata, hubungan dua hala antara Sabah dan Amerika Syarikat sudah terjalin kukuh selama ini dan penganjura­n aktiviti sedemikian akan mengeratka­n lagi kerjasama harmoni dalam tempoh yang lama.

Pada program itu, seramai 140 orang termasuk para pelajar institut pengajian tinggi menyertai kayuhan itu yang bermula di perkaranga­n bangunan DBKK sehingga ke depan bangunan Gleneagles.

Selain itu, aktiviti penanaman pokok dan pembersiha­n jalan raya turut dilakukan sepanjang jalan Hotel Gleneagles dan KK Times Square.

Hadir sama, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdir, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin.

“Khidmat masyarakat mampu memperkasa golongan muda dalam menyumbang tenaga dan masa mereka kepada komuniti. Mereka perlu dilatih dan didedahkan dengan usaha aktiviti kemasyarak­atan yang murni dan bermakna demi peningkata­n diri. ” CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ??  ?? YEO dan Kamala turut menyertai kayuhan itu. CHRISTINA melakukan pelepasan kayuhan di hadapan bangunan DBKK. PARA tetamu kehormat dan para peserta kayuhan bergambar kenangan sempena program itu.
YEO dan Kamala turut menyertai kayuhan itu. CHRISTINA melakukan pelepasan kayuhan di hadapan bangunan DBKK. PARA tetamu kehormat dan para peserta kayuhan bergambar kenangan sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia