Utusan Borneo (Sabah)

Pendakwaan gagal bukti kes, lelaki bebas tuduhan rogol

Pendakwaan didapati gagal bukti kes

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mampu menarik nafas lega, setelah Mahkamah Sesyen di sini, membebaska­nnya atas pertuduhan merogol seorang gadis.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membebaska­n dan melepaskan Darma Wangsa Hari, 25, atas pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri.

Beliau menyampaik­an keputusan terbabit di dalam kamarnya, setelah kes berkenaan ditutup pada peringkat akhir pendakwaan.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Darma didakwa merogol mangsa berusia 22 tahun, di dalam sebuah kenderaan, pada 17 April tahun lalu jam 10.30 malam, di Jalan Shantung, daerah Penampang.

Hukuman yang diperuntuk­kan jika sabit salah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Tertuduh yang diwakili peguam Hairul V. Othman dihadapkan di mahkamah pada 30 Oktober tahun lalu dan mengaku tidak bersalah.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pendakwaan memanggil 11 saksi untuk memberikan keterangan.

“Darma didakwa merogol mangsa berusia 22 tahun, di dalam sebuah kenderaan, pada 17 April tahun lalu jam 10.30 malam, di Jalan Shantung, daerah Penampang.

 ??  ?? DARMA (kiri) mendengar penjelasan Hairul.
DARMA (kiri) mendengar penjelasan Hairul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia