Utusan Borneo (Sabah)

Larangan sementara lawat MBR pengajaran kepada pelancong

Larangan sementara lawat MBR

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Keputusan tidak membenarka­n pelancong asing melawat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) akan menjadi pengajaran sekaligus membuka mata pelancong yang lain, betapa pentingnya menjaga tingkah laku yang sopan dan beradab.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata, kerajaan negeri juga menerima segala keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan MBR, selain mempertimb­angkan sama ada pelancong luar dibenarkan lagi untuk melawat masjid itu atau tidak.

“Saya percaya bahawa penutupan masjid ini hanya sementara sahaja mengikut apa yang sudah diperkatak­an oleh pengerusin­ya sendiri.

“Bagaimanap­un, saya akan bercakap dengan setiausaha tetap dan kakitangan kementeria­n untuk mengikuti tindakan seterusnya, selain berbicang dengan pihak berkuasa berkaitan serta pihak pengurusan masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan pelepasan peserta Program

“Saya akan bercakap dengan setiausaha tetap dan kakitangan kementeria­n untuk mengikuti tindakan seterusnya, selain berbicang dengan pihak berkuasa ” berkaitan serta pihak pengurusan masjid

CHRISTINA LIEW Timbalan Ketua Menteri Berbasikal sempena sambutan Hari AmerikaSab­ah di perkaranga­n Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pada Khamis.

Dalam pada itu, keduadua pelancong wanita dari China iaitu Wang Han, 37, dan Zhang Na, 25, yang berkelakua­n tidak sopan dengan menari di atas pagar masjid, masing-masing dikenakan denda RM25 atau penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengingatk­an pemandu serta pengusaha pelancong di negeri ini supaya tidak leka dan sentiasa menjaga gerak geri pelanggan masing-masing.

Katanya, pihak yang berkenaan seharusnya sentiasa memaklumka­n kepada pelanggan (pelancong) mereka tentang kelakuan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan ketika melawat tempat beribadat atau mana-mana tempat pelanconga­n di negeri ini.

Sementara itu, dianggarka­n seramai 150 orang menyertai aktiviti sempena sambutan Hari Amerika-Sabah seperti acara berbasikal, gotong royong dan aktiviti menanam pokok hiasan di laluan sepanjang jalan.

Turut hadir pada program itu ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

 ??  ?? CHRISTINA (tiga kanan) membunyika­n hon bagi acara pelepasan peserta berbasikal.
CHRISTINA (tiga kanan) membunyika­n hon bagi acara pelepasan peserta berbasikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia