Utusan Borneo (Sabah)

PDRM serah notis merah kepada Interpol untuk kesan Musa

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahka­n notis merah kepada Polis Antarabang­sa (Interpol) bagi mengesan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman, yang dipercayai berada di United Kingdom.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang sedia ada ke atas bekas Ketua Menteri Sabah itu yang dikehendak­i ekoran laporan polis atas dakwaan membuat ugutan jenayah terhadap Yang diPertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Pada 26 Jun lepas, Musa mengesahka­n beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta telah meninggalk­an Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu.

Mohamad Fuzi ditemui selepas majlis penganuger­ahan kontinjen dan daerah terbaik Op Selamat 2018 di Bukit Aman di sini, Khamis.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata PDRM masih belum memanggil bekas pembantu (ADC) bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak DSP Musa Safri susulan permintaan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev untuk membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan anaknya, model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pada 20 Jun lepas, Dr Shaariibuu ditemani peguam keluargany­a, Ramkarpal Singh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung pembunuhan anaknya pada Oktober 2006 dan turut menyebut Musa merupakan saksi penting kes pembunuhan itu dalam laporannya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia